Lobster Air Tawar
Pernah nampak orang makan udang kara atau lobster di restoran mewah? Hidangan yang bukan sahaja menggiurkan, malahan dengan hiasan yang menarik, pasti membuatkan kita yang tidak mampu ini menelan air liur. Tentu sekali terdetik di hati kita, “Ini mesti harga mahal gila!. Dia orang kaya, boleh lah”
Oh, itu persepsi yang dahulu. Sekarang tidak lagi. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya mampu untuk makan udang kara yang dikatakan ‘mahal’ ini?
Makanan eksklusif
Menurut laman web Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, udang kara air tawar merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama. Sajian udang kara ini pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya.
Harga lobster
Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah sekitar RM60 sekilogram. Namun, jangan cukup berpuas hati dan ingat itu sudah murah.
Ada restoran atau hotel yang mengenakan harga tidak masuk akal untuk orang kebiasaan seperti kita. Ini kerana ada yang mengenakan harga sehingga mencecah RM300 hingga RM700 untuk seekor lobster yang siap dimasak dengan menu pilihan yang beratnya cuma sekitar 900 gram.
Membazir bukan? Apa kata kalau kita bela dan masak sendiri?
Bela lobster air tawar
Berikut ialah soalah yang kerap ditanya tentang lobster air tawar:
-
Susah tak nak jaga?
Mudah sahaja. Makan cuma 2 kali sehari, pagi dan petang.
-
Bagaimana dengan kos selenggara?
Percaya atau tidak, kos selenggara atau ‘maintenance’ adalah lebih murah daripada bela ikan eksotik yang lain. Makan pagi untuk 50 ekor lobster cuma RM3 sebulan. Makan malam pula cuma RM8 sebulan.
Ya, anda tidak salah baca. Kos di atas ialah untuk sebulan, bukan seminggu. Dan juga bukan sehari.
-
Adakah cerewet pemakannya?
Selain mudah dijaga, lobster air tawar juga tidak cerewet makan. Hanya beri lobak merah kentang, roti dan nasi yang tenggelan dalam air. Makanan alternatif yang lain ialah anak-anak ikan sepat dan ikan-ikan lain yang bersaiz kecil.
-
Bagaimana dengan kos elektrik dan air?
Untuk satu akuarium, kos elektrik cuma RM5. Kos air pula cuma RM2 sebulan, kerana air cuma perlu tukar 2 kali sahaja sebulan. Penapis pula hanya perlu tukar sekali seminggu, dengan kos RM2 untuk sekali tukar.
-
Adakah untung jika bela lobster?
Bayangkan begini. Kita beli RM15 seekor pada saiz 4-5 inci. Dalam tempoh lapan bulan, ia akan membesar pada saiz 8-12 inci pada harga RM100-RM150 seekor.
Beli RM15, dapat jual RM150. Cuba ambil kalkulator dan kira sendiri. Untungnya ialah pada kadar 900%. Kalah mana-mana perniagaan MLM yang sedia ada!
-
Di mana boleh dipasarkan lobster air tawar?
Tentu sekali ada rakan-rakan yang mahu merasa lobster. Jika ada untung lebih, boleh berikan pada keluarga dan jiran tetangga. Jika rajin buat pemasaran, boleh ikat kontrak dengan mana-mana restoran makanan laut dan hotel terkemuka.
Jika sudah ada pelanggan tetap, boleh jual secara borong!
-
Berapa belanja untuk mula?
Ada beberapa pilihan untuk mula berjinak-jinak dengan lobster air tawar:
- Luar rumah (tangki fiber untuk 50 ekor lobster). Belanja permulaan RM2500.
- Dalam / luar rumah (Akuarium double decker saiz 4 kaki untuk 50 lobster). Belanja permulaan RM2500.
- Dalam / luar rumah (Akuarium double decker saiz 3kaki untuk 50 lobster). Belanja permulaan RM2400.
- Dalam / luar rumah (Akuarium single saiz 4 atau 3 kaki untuk 25 lobster). Belanja permulaan RM1600.
- Dalam rumah (Akuarium single saiz 2 kaki untuk 10 ekor lobster). Belanja permulaan RM400.
Harga termasuk: – Lobster, peralatan motor, penapis, pam oksigen, batu-batu, rumah lobster, penghantaran, kursus, lawatan pemeriksaan lobster selepas jualan dalam tempoh 30 hari dari tarikh beli untuk sekitar 50km dari premis jualan.
-
Saya sudah ada akuarium sendiri. Bagaimana kalau berminat pada benih sahaja
Benih saiz 3in RM10
Benih saiz 4in RM13
Benih saiz 5in RM15
*Untuk tempahan bermula dari 50 ekor ke atas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ismail di talian 019-330 5075 atau email ke [email protected]. Beritahu anda dapat tahu dari SIRAPLIMAU.COM untuk dapatkan diskaun menarik!
Orang kata, “Kalau bela lobster, tapi mati, paling tidak, boleh buat makan juga!”