Cuti sekolah panjang hampir menjelang, banyak juga syarikat penerbangan yang menawarkan tawaran hebat ke merata tempat. Apa kata gunakan peluang ini untuk pergi melancong jauh sedikit daripada biasa tetapi masih di dalam Malaysia. Kalau dah menjejakkan kaki ke Sabah, tak sahlah kalau tak ke Kundasang. Ramai pengunjung yang menyamakan pemandangan indah tanah tinggi tersebut setaraf dengan New Zealand!
Kundasang sangat terkenal sebagai pusat pelancongan bukan sahaja kerana kekayaan khazanah alam semulajadinya, ia juga terkenal sebagai pengeluar produk makanan segar terutamanya makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebelum merancang itinerari untuk menerokai Kundasang, disini disenaraikan beberapa penginapan unik bagi pilihan pengunjung.
1. Little Hut
Jauh dari hiruk-pikuk bandar, The Little Hut menawarkan chalet dengan nama-nama ‘catchy’ seperti ‘Unbreak My Hut’, ‘Hut Leluyaa’ dan ‘Hut Attack’ dengan kapasiti berbeza-beza bagi pilihan penginap. Chalet ini menawarkan penginapan dengan kapasiti untuk 2 ke 5 orang dengan harga yang berbaloi. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang megah, mungkin agak mencabar untuk sampai ke chalet ini, namun sangat berbaloi pada akhirnya terutama bagi pengunjung yang gemarkan suasana perkampungan.
Terletak di Kampung Mesilau, pengunjung boleh bersiar-siar di sekitar kampung dan melihat kehidupan harian penduduk tempatan di sini. Seperti penduduk lain yang bercucuk tanam, chalet ini juga mempunyai kebun sayur mereka sendiri buat kunjungan pengunjung. The Little Hut juga strategik kerana terletak tidak jauh daripada tarikan pelancong seperti Taman Mesilau dan Desa Dairy Farm.
Alamat : Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah
No. Tel : 0168601416
Facebook : https://www.facebook.com/mesilou/
Laman web: http://littlehutmesilou.blogspot.my/
Harga : Bermula RM120-180/malam (maksimum 3 orang) , RM 250-330 /malam (maksimum 5 orang)
2. Benjamin Residence
Walaupun penginapan ini baru sahaja dibangunkan, tetapi sudah mendapat tempat di hati para pengunjung kerana pemandangan Gunung Kinabalunya yang tidak kurang hebat dengan hotel-hotel terkenal di sekitarnya. Lebih menarik lagi, tempat penginapan ini juga berkongsi laluan dengan Desa Dairy Farm yang terkenal dengan penternakan lembu dan sering disamakan dengan New Zealand.
Terdapat juga jambatan dan sungai kecil yang menambahkan keindahan persekitaran hotel ini. Pusat penginapan ini bukan sahaja mendapat review yang baik kerana kemudahan serta persekitarannya yang indah, malah hidangan yang disediakan juga cukup menyelerakan. Jadi, jangan lupa untuk cuba makanan yang disediakan di penginapan ini.
Alamat : Lot No D17, Mount Kinabalu Golf Club, 89309 Kundasang, Sabah, Malaysia
No. Tel : 016 8312688 / 016 8861925
Facebook : https://www.facebook.com/hbresidence/
Laman Web: http://www.hbresidence.com/
Harga : Bermula RM 260- RM320/ malam (maksimum 2 orang ), RM 460-RM730/malam (maksimum 4 ke 5 orang )
3. Kiram’s Village
Bagi yang ingin merasai penginapan di dalam kabin kayu, inilah tempat terbaik bagi pelancong yang bercuti di Kundasang. Anda pasti tidak akan kecewa dengan pemandangan di sekitar Kiram’s Village. Dikelilingi pokok-pokok bunga yang cantik serta suasana kampung yang damai, penginapan ini sesuai bagi yang ingin menikmati percutian dengan persekitaran semula jadi.
Penginapan ini menawarkan kabin-kabin dengan nama tumbuhan seperti ‘strawberi’ dan ‘asparagus’ dengan kapasiti yang berbeza dengan harga yang berpatutan. Kiram’s Village turut menyediakan café bagi santapan pengunjung serta kemudahan BBQ bagi kegunaan penginap.

Capsicum Cabin

Broccoli Cabin
Alamat : Mesilau, Kundasang, Sabah.
No. Tel : 016-695 0057
Facebook : https://www.facebook.com/KiramsVillageCabin/
Laman Web : http://kirams-village.com/
Harga : RM 120-180/ malam (Kabin untuk 4-5 orang) / RM210-290/malam (Homestay Kabin 2 tingkat untuk 5-6 orang ) / RM 260- 360 (Homestay 1 ½ tingkat untuk 8-12 orang) / RM 350-550 (Homestay 2 tingkat untuk 11-18 orang)
4. Hounon Ridge Farmstay
Hounon Ridge Farmstay adalah lokasi terbaik pagi pelancong yang suka berkhemah atau menginginkan penginapan dengan landskap yang indah. Walaupun perjalanan ke kawasan ini agak mencabar, tetapi pasti akan terubat dengan keindahan latar belakang semulajadi di sini.
Bertempat di Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, keunikan farmstay ini ialah kemudahan bagi pengunjung untuk bermalam di dalam khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti BBQ di kawasan yang tersedia. Selain hotel, ada juga disediakan penginapan berkonsep hostel sebagai pilihan buat pengunjung.

Foto Kredit: tripadvisor.com

Foto Kredit: Ilyani Abdullah via Facebook
Alamat : Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah
No. Tel : +6013-850 6463
Facebook : https://www.facebook.com/hounonridge/
Harga : RM15.00-RM20.00 (Sewa Tapak Perkhemahan untuk seorang) /RM35.00 (Hostel untuk seorang) / RM90.00- RM150.00/malam ( Bilik 2 orang)/ RM180.00- RM250 (Bilik 4 orang)
5. T Paradise
Chalet ini amat sesuai bagi percutian keluarga atau mereka yang datang dalam 1 kumpulan besar. Dengan 3 buah bilik yang luas, ia lengkap dengan keperluan asas yang selesa.
Pemandangan yang indah berlatarbelakangkan bukit-bukau serta udara yang nyaman tentunya menjadi tarikan utama bagi pengunjung. Selain itu, senibinanya yang moden beserta dekorasi dalaman dengan rekaan konsep minimalis menjadikan setiap ruang instagram-friendly!
Alamat : Mesilau, Kundasang, Sabah
No. Tel : 016-230 1109
Facebook : https://www.facebook.com/TParadiseThePlaceToBe/
Laman Web: https://www.tparadise.net/
Harga : Bermula RM450 bagi keseluruhan rumah 3 bilik yang memuatkan 8-12 orang tetamu.
6. Strawberry Garden Hotel
Sesuai dengan namanya, hotel ini mempunyai kebun strawberi berdekatan bagi kunjungan pelancong. Walaupun tidak mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu, hotel ini mempunyai pemandangan lembah Bundu Tuhan yang tidak kurang indahnya.
Pelbagai jenis penginapan disediakan seperti bilik, chalet dan banglo mengikut bilangan pengunjung yang mahu bermalam. Hotel ini juga tidak jauh daripada kawasan pelancongan seperti Taman Negara Kinabalu, kebun teh dan Air Panas Poring.
Alamat: Kg. Kinasaraban, Kundasang, Ranau, Sabah
No Tel : 088 888 308
Facebook : https://www.facebook.com/borneostrawberry
Harga: Bermula RM130/ malam (Penginapan 2 orang)/ RM 120-RM220 (Penginapan 3 ke 4 orang )/ Rm280-RM 520 ( Chalet/banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang )
7. Kinabalu Pine Resort
Resort ini mendapat review yang cukup memberangsangkan daripada pengunjung dari dalam dan luar Negara kerana kawasannya yang menawarkan antara pemandangan yang terindah daripada bilik penginapan pelancong. Setiap bilik mempunyai beranda luas dan direka menghadap Gunung Kinabalu yang ikonik buat tatapan penginap.
Tidak cukup dengan beranda, resort ini juga mempunyai viewing platformnya sendiri yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin bergambar dengan background Gunung Kinabalu. Terdapat juga taman permainan kecil bagi hiburan pengunjung yang bercuti bersama anak-anak kecil.
No. Tel : 6088 889388 / 088 889488
Facebook: https://www.facebook.com/Kinabalu-Pine-Resorts-Sdn-Bhd-274904-W-637911676224844/
Laman Web : http://kinabalupineresort.com/
Harga : Bermula sekitar RM210 (bilik 2 orang)
Jom Cuti-cuti Malaysia!
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri. Tidak perlu jauh-jauh, ada banyak pusat percutian yang menarik dan unik untuk diterokai.
Dengan pelbagai pilihan penginapan yang serba unik, kini bolehlah anda menyusun itinerari bagi kunjungan ke Kundasang pada musim cuti yang akan datang. Anda pasti tidak akan melupakan kedinginan angin sejuknya disertai dengan keindahan alam semulajadi yang mengagumkan.