Menerusi laman Facebook milik Fatinnur Zahrina, dia ada kongsikan itinerari penuh percutian mengenai trip ke Labuan Bajo bersama rakan-rakan dan keluarga lain yang membawa anak kecil.
Jelasnya, trip ke Labuan Bajo ini mesra kanak-kanak namun agak mahal berbanding biasa kerana dia memilih kapal priviasi untuk berlayar.
TRIP KE LABUAN BAJO, EDISI MESRA KELUARGA & KANAK-KANAK
5 hari 4 malam bersama 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak dan 1 bayi. Ediri mesra keluarga dan kanak-kanak tapi bukan ‘mesra poket’.
Hari pertama
– Tiba di Lapangan Terbang Labuan Bajo
– Kami ambil pemandu pelancong dekat lapangan terbang untuk bawa jalan-jalan.
– Tengok matahari terbenam di Sylvia Hill.
– Membeli cenderahati di Kado Bajo.
– Makan malam di Kampung Ujung.
Hari kedua
– Ejen ambil untuk ke Pulau.
– Mula berlayar dan melakukan snorkelling di Sebayur Island.
– Menyelam di Manta Point.
– Melihat keindahan matahari terbenam di Taka Makassar Island.
Hari ketiga
– Melihat matahari terbit Padar Island.
– Berjalan di Pink Beach.
– Melihat komodo di Komodo Island.
– Berenang-renang di Pempeng Island.
– Melihat kelawar dan matahari terbenam di Kalong Island.
Hari keempat
– Snorkelling di Manjarite Island.
– Hiking Kelor Hill.
– Snorkelling di Kelor Island.
– Berlayar semula ke Labuan Bajo.
– Ejen hantar ke hotel dan check-in.
Hari kelima
– Berjalan di sekitar pekan Labuang Bajo
– Pulang ke Kuala Lumpur
Tips tambahan bercuti di Labuan Bajo
1. Itinerari sailing trip tak payah pening-pening nak fikir. Memang dah ada dalam pakej.
2. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh jadi ada masa untuk ganti pakaian.
3. Sesuai tak bawa kanak-kanak?
– Jika anak-anak dah terbiasa travel, tak ada masalah. Tour guide dan crew memang sangat rajin menyantuni anak-anak kecil baik di laut mahupun di darat.
4. Murah ke mahal pakej sailing?
– Bergantung jenis trip, berapa hari sailing, spesifikasi, kapasiti dan fasiliti cruise/phinisi
5. Sebab apa pilih private trip?
- Tarikh kami nak tak ada open trip
- Lebih privasi
- Nak rasa kapal seronok
- Untuk keselesaan anak
- Muslim friendly
Tips sebelum ke Labuan Bajo:
– Bawa sunscreen terutama pada musim kering (April-September).
– Sediakan ubat bagi yang ada mabuk laut.
– Kasut bersesuaian untuk hiking + snorkelling
– Bawa permaianan untuk isi masa ketika berlayar.
– Lakukan sedikit senaman ringan sebelum pergi kerana banyak aktiviti hiking.
– Pakai baju warna terang supaya gambar cantik.
Perbelanjaan:
3D2N sailing package : 5-8pax (+-RM15K/per cruise)
Dewasa (RM2000/pax)
Kanak-kanak (RM930/pax)
Bayi (percuma)
Photographer & videographer (go pro & drone): RM90/pax
Komodo National Park Entrance + guide: RM150/pax
Pemandu di LBJ: RM17
Hotel Seaesta 2D1N (RM72)
Hotel Eco Tree 2D1N (RM61)
Total expenses (exclude flight ticket, makan, laundry, shopping at LB, etc): RM2390/pax (adult).
*Seronoknya!
Baca juga: ‘Syurga’ Makanan & Tempat Shopping Di Hatyai. Patutlah Orang Malaysia WAJIB Pergi Sini!
Sumber: Facebook Fatinnur Zahrina