Penjagaan kulit muka pada waktu malam sangatlah penting! Sebelum tidur, anda disarankan untuk sentiasa membersihkan muka daripada pelbagai kekotoran seperti solekan dan habuk. Namun, ramai di antara kita sering mengabaikannya kerana mengantuk atau letih, yang akhirnya hanya mencuci muka dengan air dan sabun.
Selain double cleansing, aktiviti rutin penjagaan kulit malam ini mesti digabungkan dengan beberapa langkah yang lain agar dapat mengekalkan kulit wajah yang sihat dan memeliharanya semasa tidur. Hal ini kerana, malam adalah masa terbaik untuk regenerasi kulit.
Baca juga: Letak Bunga Cengkih Dalam Syampu Untuk Rambut Lebat, Petua Ini WAJIB Kena Cuba!
PENJAGAAN KULIT MUKA WAKTU MALAM
Berikut adalah enam rutin penjagaan kulit malam (night skincare routine) yang mudah untuk diikuti untuk membiasakan anda merawat kulit muka sebelum tidur. Ingat, jangan malas!
1. Pembersihan muka berganda
Pembersihan berganda (double cleansing) boleh menjadi pilihan untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat. Langkah-langkahnya:
- Bersihkan muka menggunakan kapas dengan milk cleanser, oil cleanser atau micellar water.
- Kemudian, bersihkan dengan pencuci kedua yang mengandungi sabun pencuci muka yang sesuai dengan keperluan kulit.
Selain membersihkan kulit, double cleansing juga berguna untuk menghilangkan sel kulit mati yang masih melekat dan juga menerangi kulit kusam.
2. Toner
Selepas membersihkan kulit muka dan memastikan ia kering, anda boleh mula menyapu toner secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka.
Toner bagus untuk merawat masalah liang pori, membersihkan kulit dan sebagai penghidratan. Cara-caranya:
- Sapu toner ke permukaan muka menggunakan kapas atau terus dengan tapak tangan.
- Elakkan menggosok terlalu kuat dan juga elakkan kawasan sekitar mata.
Baca juga: Mulut Busuk Makan Petai, Ada Cara 1 Minit Hilangkan & Nafas Kembali Normal!
3. Serum
Penggunaan serum secara kerap dapat membantu membaiki masalah kulit muka seperti parut jerawat, kedutan dan bintik hitam. Ia juga perlu disesuaikan dengan keadaan kulit muka supaya bahan-bahannya berfungsi secara optimum.
Sebelum menggunakan serum, pastikan muka anda telah menggunakan toner sebagai asas penjagaan kulit supaya ia dapat diserap dengan baik.
- Titiskan serum ke bahagian muka seperti di pipi, dahi dan dagu.
- Ratakan sambil mengurut ringan menggunakan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari kelingking.
- Tunggu sehingga ia benar-benar kering!
4. Krim mata (eye cream)
Krim mata wajib digunakan untuk anda yang mempunyai masalah sekitar kawasan mata seperti mata panda, eye bag dan kedutan.
- Sapukan krim mata perlahan-lahan pada bahagian bawah mata menggunakan jari manis atau jari kelingking anda.
- Disyorkan jari kelingking kerana ia mempunyai otot kecil yang tekanannya lebih ringan sehingga selamat untuk rawatan kawasan mata yang tipis.
Selain krim mata, rawatan dark circle juga boleh menggunakan eye mask yang lebih mudah.
Baca juga: Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!
5. Serum bibir (lip serum)
Perhatian tinggi juga perlu diberikan pada rawatan bibir, kerana ia akan mencetuskan bibir kering, merekah bahkan sampai mengelupas dan berdarah.
Bibir kering bukan sahaja menjadikan penampilan kelihatan pucat, tetapi ia juga menjadikan lip gloss atau krim bibir yang dipakai kelihatan merekah dan tidak selesa di bibir.
- Gunakan serum bibir atau pelembap bibir dengan kerap.
- Sebelum tidur, guna lip care yang boleh memberi nutrisi pada bibir semalaman supaya apabila bangun tidur, bibir anda akan lebih lembap dan merah jambu.
6. Pelembab (moisturizer)
Langkah terakhir ialah menggunakan pelembap pada keseluruhan kulit muka. Pelembap muka dengan bahan yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit, dapat menghidrat, menyihatkan dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal.
- Sapu rata pada kulit muka dan leher dengan lembut.
- Gunakan jumlah pelembap yang betul, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit supaya ia dapat diserap secara optimum oleh kulit.
Baca juga: Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!
Sumber: IDN Times
FT Image: jcomp / popularmechanics