Cantik

10 Rahsia Untuk Nampak Comel Dan ‘Cute’, Macam Artis Korea

134
SHARES

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku pun ada kat majlis ni. Aduh… Apa lagi tips pikat lelaki tanpa nampak ‘desperate’ sangat?”

Memang lelaki suka dengan penampilan ala-ala comel daripada wanita. Maklumlah, siapa tak suka dengan keletah ‘cute-cute’, nampak comel dan bersahaja!

Jadi apa lagi mereka yang masih ‘single’ tu, jom lakukan tips pikat lelaki melalui penampilan yang ‘cute’ dan comel. Mana tahu ada yang terpikat nanti.

tips pikat lelaki

Foto Kredit: ilbe.com

10 Rahsia Perempuan Agar Nampak Comel Dan ‘Cute’, Macam Artis Korea

1. Elak tampil seksi

Tidak perlu tampil seksi dan ghairah untuk nampak comel malah ada wanita yang lebih nampak comel meskipun penampilannya menutup aurat.

tips pikat lelaki

Foto Kredit: koreaboo.com

2. Guna warna pastel

Wanita yang memakai pakaian berwarna pastel nampak sopan, lemah-lembut dan comel.

Ini kerana warna pastel meredupkan pandangan sesiapa sahaja yang memandang.

tips pikat lelaki

Foto Kredit: beautygirl.cf

3. Bermain dengan rambut

Sesekali selitkan rambut pada belakang telinga dengan lembut.

Ia membuatkan anda nampak ayu dan comel apabila berbuat demikian.

tips pikat lelaki

Foto Kredit: asianetindia.com

4. Mekap secara minimalis

Ia nampak lebih natural, ayu dan comel berbanding mengguna mekap yang tebal. Sebaiknya, guna gincu yang mengikut warna darah.

Ia menyerlahkan lagi kecomelan anda.

5. Bercakap dengan lembut

Apabila bercakap dengan lelaki, elak bercakap dengan nada yang keras dan kasar.

Berbual dengan ton suara yang lembut dan jangan lupa senyum! Anda pasti nampak comel di matanya.

Foto Kredit: chinahush.com

Foto Kredit: chinahush.com

6. Murahkan senyuman

Senyum memaniskan lagi wajah seseorang. Senyumlah dengan ikhlas kerana ia boleh menjadi daya penarik.

Sebab itu senyumlah selalu, mana tahu ada yang jatuh hati dengan senyuman manis anda.

tips pikat lelaki 11

Foto Kredit: koreaboo.com

7. Belajar blushing

Biasanya lelaki suka mengambil hati wanita dengan memuji.

Latih diri untuk bersifat malu-malu apabila dipuji sehingga merah muka dan pipi.

Aduh, memang nampak comel bila blushing!

Foto Kredit: thoughtcatalog.com

Foto Kredit: thoughtcatalog.com

8.Elak menguasai perbualan

Wanita yang ayu dan comel biasanya punya sifat pemalu.

Jadi apabila berbual, mereka lebih suka go with the flow dari menguasai perbualan atau menjadi ‘centre of attraction’.

9. Pemalu

Lelaki suka wanita yang pemalu kerana apabila bertentang mata, wanita pemalu akan mengalah dengan renungan, menunduk malu dan kelihatan comel.

Foto Kredit: yourtango.com

Foto Kredit: yourtango.com

10. Tutup mulut dengan tangan apabila ketawa

Sesekali tutup mulut apabila ketawa. Percayalah, anda nampak comel apabila melakukannya.

Foto Kredit: functionlove.net

Foto Kredit: functionlove.net

Pastikan Jangan ‘Over’ Sangat!

Aksi comel ini nampak semula jadi, tidak diadakan-adakan atau ‘over’ sangat.

Sebab itu, salah satu tips pikat lelaki adalah dengan menyerlahkan sifat pemalu dalam diri wanita.

Bila ada sifat pemalu, maka apa yang anda lakukan lebih terserlah kecomelannya daripada wanita yang bersifat agresif dan kasar.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×