Buat para suami di luar sana, pastikan anda sentiasa mendengar luahan hati seorang isteri supaya mereka sentiasa disayangi dan dihargai. Pastikan 5 perkara di bawah seperti perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sentiasa diambil berat oleh para suami di luar sana. Barulah keluarga lebih bahagia dan harmoni.
Baca juga: “Curang Adalah Satu Pilihan, Bukan Satu Kesilapan” – Cepat Buang Rasa Ini Bila Dah Terleka…
BUAT PARA SUAMI INI LUAHAN HATI ISTERI, AMBIL TAHU & JANGAN BIARKAN
Para suami, ini luahan hati seorang isteri:
1. Isteri mahu suami ambil berat tentangnya.
Dia kata dia okey, tak semestinya dia betul-betul okey. Kamu perlu lihat dengan mata kepala kamu sendiri. Tanyalah berulangkali, tak apa. Yang penting, isteri nampak kamu benar-benar prihatin dan sampai satu masa dia luah jua semua.
2. “Tak apa bang. Saya boleh buat sendiri.”
Jangan cepat selesa dengan kata-kata ini. Sekuat-kuat isteri pun, ada satu masa, dia penat dan perlukan kamu tolongnya di sisi.
Kadangkala, dia tak sempat nak luahkan pun ke kamu sebab dia terlalu penat. Jadi, ambil serius dan bantulah dia dalam apa juga urusan.
3. Isteri perlu me-time.
Beri dia ruang bersendiri, keluar dan berjalan sendiri ataupun dengan kawan-kawannya. Masa itu, kamu ambil peluang ambil alih tugasnya, jaga rumah dan anak-anak. Me-time itu sangat penting untuk reboot dan recharge energy dan moodnya sepanjang minggu akan datang.
4. Isteri tak suka dibandingkan.
Jangan pernah bandingkan dia dengan kenalan kamu, artis ke atau sesiapa sahaja yang boleh buatnya cemburu.
5. Isteri suka suami yang berfikiran jauh dan pandai memimpin.
Seorang suami perlulah bijak dalam memimpin keluarga. Memimpin ini cara paling asas dan jelas, pimpinlah keluarga dalam mengerjakan solat awal waktu dan bimbing ke jalan yang Allah redhai.
Para suami, berkahwinlah 5 tahun, 10 tahun, 30 tahun, 50 tahun atau lebih, tetap juga kadangkala, kita terlepas pandang dan tak sedar hal ini.
Isteri perlukan sosok suami sepanjang hidupnya. Walaupun dia nampak macam tak kisah, tetap juga dia sangat titikberatkan semua hal di atas ini. Kita sama-sama muhasabah dan bentuk rumahtangga harmoni ya.