Suami Isteri

3 Perkara Yang Isteri Boleh Buat Jika Suami Tak Nak Ceraikan, Wajib Tahu Ini

13
SHARES
cerai

Seperti mana kita tahu, penceraian adalah perkara yang sangat dimurka oleh Allah SWT kerana ia bukan sesuatu perkara yang indah.

Penceraian biasanya boleh berlaku sekiranya suami melafazkan talak terhadapi si isteri namun bagaimana pula jika isteri mahu dilepaskan tetapi suami tidak ingin melafazkan cerai? Apa isteri buat? Ini pencerahannya.

Baca juga: “Hormatlah Orang Sikit”- Trend Suami Isteri Peluk & Bermanja Depan Orang Perlu Ke Tunjuk?

ISTERI NAK CERAI TAPI SUAMI TAKNAK LEPASKAN. MACAM MANA NI?

cerai

1. TUNTUT FASAKH

Fasakh adalah melepaskan ikatan perkahwinan setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi atas sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui sama ada hidup atau mati atau pun salah seorang murtad dan sebagainya.

Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah menuntut fasakh adalah:

  • Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  • Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan, bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.

2. CERAI TAKLIK

Cerai taklik bermaksud penceraian yang terjadi disebabkan perkara tergantung yang dikaitkan dengan suami, isteri dan pihak lain.

Untuk prosedur ini, isteri harus kemukakan bukti bahawa suami telah melanggar salah satu atau lebih dari syarat ta’liq cerai. Dalam permohonan cerai secara talaq, kehadiran dan persetujuan suami diperlukan untuk melafazkan talaq cerai.

Namun bagi kes fasakh dan sabitan ta’liq talaq, jika suami enggan atau gagal hadir, mahkamah masih boleh membuat keputusan pembubaran perkahwinan.

cerai

3. CERAI HAKAM

Cerai hakam ini biasanya berlaku sekiranya seorang suami enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Syariah. Pelantikan Hakam ini juga boleh berlaku apabila seorang suami yang ingin menceraikan isterinya di Mahkamah Syariah tetapi isteri tidak bersetuju untuk diceraikan.

Tuntutan penceraian ini disebabkan oleh tiada lagi mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga tersebut. Mahkamah boleh melantik dua orang hakam atau penimbangtara yang akan bertindak untuk menyelesaikan perbalahan antara suami isteri.

Sekiranya hakam gagal mendamaikan suami isteri, hakam akan diberi kuasa oleh hakim untuk mentalaqkan isteri jika punca shiqaq adalah disebabkan oleh pihak suami. Dengan cara itu terbubarlah perkahwinan secara sah menurut undang-undang dan hukum syarak.

Kesimpulannya, perlu diingatkan sekiranya seorang wanita meminta cerai tanpa alasan, dia tidak akan mencium bau syurga sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Seseorang wanita yang meminta cerai kepada suaminya bukan kerana kesalahan, maka haram baginya bau syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga: Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor & Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×