Famili

[VIDEO] Anak Hadiahkan Jambangan Bunga Duit RM 2000 Untuk Ayah Sempena Birthday!

2.8K
SHARES
jambangan bunga duit

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap kali hari lahir, pasti ramai yang akan memberi hadiah untuk insan tersayang. Sama seperti perkongsian seorang wanita di TikTok di mana dia menghadiahkan jambangan bunga duit gergasi buat ayah tercintanya.

Baca juga: [VIDEO] Peroleh Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan, Lelaki Ini Tak Malu Kerja Guard

JAMBANGAN BUNGA DUIT BERNILAI RM2000 UNTUK AYAH

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sheyra Edy, dia berkongsi momen gembira dan sebak sewaktu memberi jambangan bunga duit gergasi buat ulang tahun kelahiran ayah tercinta.

Menurut wanita itu, dia telah membuat tempahan jambangan bunga bernilai RM2,000 tersebut dua minggu sebelum tiba hari yang dinanti-nantikan. Jambangan bunga tersebut juga terpaksa dibawa menaiki lori kerana terlalu besar.

jambangan bunga duit

jambangan bunga duit

Setibanya di rumah, jelas kelihatan air muka ayahnya sedih dek kerana terharu menerima jambangan bunga tersebut. Sheyra juga mendoakan agar ayahnya dipanjangkan umur dan mahu memberi kebahagiaan sepenuhnya sementara masih ada.

“Harap bapak panjang umur selalu. Nak bahagiakan bapak sementara masih ada,” tulisnya.

“ALHAMDULILLAH, ANAK YANG BAIK…”

Video berdurasi 47 saat itu menerima 18,000 tontonan dan komen daripada warganet yang memuji tindakannya selain turut mendoakan agar sentiasa murah rezeki. Kasih ibu dan ayah dibawa hingga ke syurga.

jambangan bunga duit

jambangan bunga duit

Sumber: Sheyra Edy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×