Inspirasi

[VIDEO] Peroleh Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan, Lelaki Ini Tak Malu Kerja Guard

283
SHARES

Keputusan peperiksaan yang cemerlang mampu menentukan masa depan seseorang. Ramai yang mahukan keputusan hebat kerana bagi mereka itu merupakan penanda kejayaan untuk masa hadapan.

Sama seperti perkongsian seorang pemuda di laman TikToknya yang mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan meskipun mendapat keputusan cemerlang untuk kesemua peperiksaan.

Baca juga: [VIDEO] “Allah.. Bijaknya”- Gelagat Comel Minta Maaf Sebab Terkencing Raih Pujian Netizen

PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN, TAK MALU KERJA GUARD

Menerusi perkongsian Danial Rohaizat di TikToknya itu, dia menceritakan tentang keputusan peperiksaan yang diperoleh olehnya amat cemerlang dari sekolah rendah sehingga STPM namun rezeki tidak menyebelahinya dan kini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan terlebih dahulu. Hal ini kerana dia tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya dan berdiri di atas kaki sendiri.

“Aku gagahkan diri mencari rezeki. Kerja apa pun aku sanggup asalkan tak menyusahkan mak bapak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga berkeinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula dan meminta warganet untuk mendoakan cita-citanya itu tercapai. Menjengah ke ruangan komen, video berdurasi 17 saat itu meraih komen positif dan kata-kata semangat buat Danial.

“Semoga Allah makbulkan doa aku. Aku nak sambung degree. Doakan aku guys,!” tambahnya.

“AWAK HEBAT DI MATA ALLAH”

Sumber: TikTok Danial Rohaizat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×