Famili

[VIDEO] “Allah.. Bijaknya”- Gelagat Comel Minta Maaf Sebab Terkencing Raih Pujian Netizen

327
SHARES

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak pasti ada sahaja gelagat comel yang mampu mencuit hati orang ramai. Tak sah kalau sehari tidak mengembirakan hati orang sekeliling meskipun kadang kala mood boleh bertukar jadi ‘hulk’.

Seperti perkongsian di media sosial, gelagat comel seorang kanak-kanak memohon maaf kepada ibunya telah meraih perhatian wargamaya dan terhibur melihat video tersebut.

Baca juga: 6 Tips Mudah Menyuruh Anak Tanpa Perlu Jerit & Marah-Marah, Menjadi!

MINTA MAAF SEBAB TERKENCING

Video pendek berdurasi 18 saat yang dikongsi oleh ibunya dikenali sebagai Ezza Ezura itu memaparkan anaknya bernama Ika memohon maaf kerana secara tidak sengaja terkencing di atas karpet ibunya.

Menariknya, Ika menghulurkan tangan untuk bersalam bersama ibunya sambil meminta maaf kerana melakukan kesalahan tersebut.  Meskipun usianya masih kecil tetapi itu merupakan tindakan yang bagus kerana mengaku kesalahan sendiri dan tidak menipu.

“Ika minta maaf, Ika tak sengaja kencing waktu tidur. Ika minta maaf ye,” katanya di dalam video itu.

“ALLAH CERDIKNYA, COMEL!”

Video tersebut menerima 285,800 tontonan dan kebanyakan netizen memuji sikap ibunya yang pandai mendidik anak kerana meskipun Ika masih kecil tetapi sudah pandai memahami yang mana betul dan salah. Mereka juga mendoakan agar Ika membesar menjadi anak solehah dan berjaya sentiasa.

Sumber: TikTok Ezza Ezura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×