Famili

Jangan Panik Bila Harga Barang Naik, Cuba 10 Cara Urus Kewangan Ini Supaya Tak ‘Kering’

54
SHARES
HARGA BARANG NAIK

Isu kenaikan harga barang sudah tentunya satu perkara yang membebankan kepada rakyat. Hal ini kerana, apabila harga barang naik, kos taraf hidup juga makin meningkat.

Namun begitu, masalah ini boleh ditangani dengan bijak sekiranya menggunakan 10 cara di bawah ini. Jadi, jom ikuti tips urus wang yang dikongsi oleh Nu Ha ketika harga barang naik.

Baca juga: Jangan Bersedih, Setiap Ujian Yang Allah Beri Ada Sebabnya. Memang Beruntung!

HARGA BARANG NAIK, INI 10 CARA URUS KEWANGAN

HARGA BARANG NAIK

Cara saya urus kewangan, berbelanja dan berjimat:

1. Dapat gaji, settlekan komitmen dahulu. Asingkan saving, komitmen dan perbelanjaan ikut kategori.

2. Beli dan borong masa ada jualan murah. Simpan buat stok (periksa tarikh luput ye). Elak membeli masa gaji (cenderung terlebih belanja maklumlah tengah banyak duit dan elak kesesakan). Cuba perati dan banding harga pada minggu gaji dengan 2 minggu sebelum gaji. Biasanya lebih murah sebelum gaji.

3. Pantau harga beberapa pasaraya. Pilih harga terbaik. Buat kad ahli, boleh tebus mata ganjaran dalam bentuk voucher/coupon tunai. Ambik kira juga jarak, kos minyak dan masa untuk bandingkan penjimatan. Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink, Watson, berbaloi.

4. Buat senarai semak barang keperluan ikut kategori (barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain2) tuliskan barang yang perlu dibeli, kuantiti, bajet harga dan pasaraya. Untuk elakkan terlebih stok dan expired. Amalkan konsep FIFO (first in, first out).

5. Follow akaun sosial media pasaraya terdekat supaya mudah anda dapat info mengenai jualan murah barang-barang keperluan anda.

6. Beli ikut portion yang diperlukan. Contoh berapa kuantiti sayur, buah dan lauk basah untuk bilangan ahli keluarga dalam seminggu atau 2 minggu. Beli sayur dan lauk yang murah tapi berkualiti. Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe.

7. Masak sendiri di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Belajar masak sendiri menu yang kita suka makan tapi mahal harganya jika beli di kedai. Boleh tukar corak pemakanan kepada yang lebih sihat juga, kurangkan fastfood dan junkfood.

8. Boleh start berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang/tanah.

9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama affordable.

10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga.

Kita tak boleh ubah atau kawal harga. Apa yang kita mampu buat adalah cari alternatif sebagai solusi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 13 Tips Rumah Tangga Kekal Bahagia & Harmoni, Paling Penting Jangan Buat Yang No.4 Itu

Sumber: Facebook Nu Ha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×