Famili

Demi Jaga Anak OKU & Ibu, Wanita Ini Masak Siap 22 Jenis Lauk Frozen Untuk Puasa

151
SHARES

Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, pasti pelbagai persiapan akan dilakukan bersama seisi keluarga. Antara keperluan dilakukan ialah menyediakan juadah makanan untuk berbuka dan juga sahur. Pasti para ibu tidak menang tangan untuk menyediakan juadah dan dinikmati bersama.

Bagi menjimatkan masa, antara cara boleh dilakukan ialah dengan membuat lauk frozen seperti dilakukan oleh Puan Ellyin Tan. Beliau mengambil keputusan untuk masak 22 jenis masakan supaya lebih mudah untuk menjaga anak kurang upaya dan ibu yang sedang sakit.

Baca juga: Bapa Kongsi Cara & Idea Masak Lauk Untuk Seminggu, Jimat Masa & Wang!

DEMI JAGA ANAK OKU & IBU, WANITA INI MASAK 22 JENIS LAUK FROZEN

Posting itu secara tidak langsung mendapat perhatian warganet dan mengundang sebak. Hal ini kerana kegigihan seorang ibu dalam memastikan kebajikan anak dan ibu terjaga. Itulah yang dikatakan kasih ibu membawa ke syurga.

Rendang  ayam, rendang daging, kari ayam, kari ikan, kari telur, asam pedas ikan kembung, pajeri terung, pajeri nenas, ikan patin tempoyak, sambal udang petai, sambal telur, perut lembu masak lemak cili api, sup tulang, sup kaki ayam, sotong tumis hitam, kurma ayam, ayam masak merah, paprik campur, tomyam campur, daging goreng kunyit, ikan cencaru berlada & pes Ikan bakar. 

Perghh, 22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang-sorang sahaja layan jiwa kat dapur sempit tu.

Alhamdulillah siap stok lauk utk persediaan Ramadhan ni. Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal-awal.

Nak jaga anak kelainan upaya (OKU) dan emak yang sakit. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat-sahabat dapat doakan urusan saya dipermudahkan.

Meninjau ke ruangan komen, posting itu dibanjiri komen warganet mendoakan Puan Ellyin Tan agar segala urusannuya dipermudahkan dan sentiasa diberkati Allah selain turut memuji idea yang dikongsikan itu sangat berguna di masa akan datang.

Sumber: Facebook Ellyin Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×