Dapur

Bapa Kongsi Cara & Idea Masak Lauk Untuk Seminggu, Jimat Masa & Wang!

512
SHARES

Bagi segelintir individu memasak merupakan terapi buat diri mereka kerana dengan cara itu dia dapat meluangkan masa untuk dirinya namun ada juga yang berpendapat memasak agak memenatkan kerana harus menyediakan pelbagai bahan sebelum mula memasak.

Jadi, ada yang menggunakan cara frozen makanan yang telah dimasak untuk seminggu dan hanya nyahbekukan jika mahu dimakan. Hal ini sama seperti perkongsian seorang bapa di Facebook yang memberi idea untuk melakukan kaedah tersebut agar lebih jimat masa dan wang.

Baca juga: Resepi ‘Sambal Kurang Ajar,’ Bertambah-Tambah Nasi Kalau Makan!

BAPA KONGSI CARA & IDEA MASAK LAUK UNTUK SEMINGGU

Prepare sesiap bahan mentah. Mana ikan mana udang mana kucing.. Bahaya tinggai lama-lama atas meja

Bahan Basah :

  • Ikan pelata 4 ekor RM12.00
  • Udang RM10
  • Ikan kayu RM8
  • Ayam Sekor RM16.00

TOTAL :RM46.00 (Info: Elakkan menu spt ikan keli, sayur tumis dan bihun,koayteaw)

Bahan mentah make sure sumbat siap-siap dalam bekas. Kita takut bekas tak muat nanti bila siap masak.. Kalau tak buat nanti ada yang tertukar lauk.

Make sure nak masak seminggu kena ulang lauk tapi kuah yg sama. Baru jadi jimat. Bahan-bahan lain anggaran RM50.00

Goreng mana yang patut goreng. Baru tahan lama sikit.

Kuah masak lemak ni kalau boleh tukar je lauk.. contoh udang masak lemak, ayam masak lemak dan ikan masak lemak.. Baru jimat kuah! Ni cara kedai nasi campur buat nak bagi lauk nmpk banyak.

Kuah bekas lauk tadi untuk sukatan kuah. Make sure letak separuh la sebab separuh lagi lauk kan.

Haaa tada! Siap dah lauk 10 benua! Ikut hati nak je ratah sikit kan sebelum sejukkan… Tapi jangan makcik-makcik semua.. nanti basi, entah sahih ke tak taktahu lah.

Bila dah sejuk boleh la susun semua lauk. Saja tulis Papa , biar pepatah ‘ masakan ibu paling sedap’ dapat ditukar ‘Air tangan bapak jugak paling sedap’ lepas ni.

Bekukan terus… Jangan tunggu lama-lama! Nak makan microwavekan aje! Insyallah makanan fresh lagi.. Cuma jangan bekukan balik lauk yang tak habis.. make sure habiskan jugak! Sekian.

Haa kan mudah dan cepat. Yang penting terus siap 10 lauk! Lajuuuu..

Sumber: Facebook Nizal Mikail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×