Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, kajian menunjukkan bahawa sekitar 60-70% wanita Malaysia mengalami masalah kurang vitamin D.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit pinggang, belakang dan kaki, rambut gugur, mudah jatuh sakit, demam dan selesema, jangan sesekali ambil mudah.
Baca juga: Ambil Wuduk 5 Kali Sehari Boleh Elak Umat Islam Terkena Jangkitan Penyakit Atau Virus
70% WANITA MALAYSIA MENGALAMI KURANG VITAMIN D
Selain itu, gejala lain yang ditunjukkan adalah berasa penat berterusan walaupun mendapat rehat mencukupi, sering berasa murung, lesu dan mengalami masalah tidur.
Tambah PHM, masalah kurang vitamin D ini lebih ketara di alami oleh golongan wanita yang tinggal di kawasan bandar. Hal ini kerana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.
Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.
Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun.
Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D jika perlu.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua dan jaga kesihatan diri!
Baca juga: Pakar Fisioterapi Kongsi Cara Nak Check Slip Disc, Kalau Sakit Tandanya Ada!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia