Sihat

Doktor Ini Terangkan Bahaya Anak Kurang ‘Outdoor’ Waktu PKPB. Boleh Kena Sawan & Riket!

314
SHARES

Musim PKPB telah ditamatkan di sesetengah negeri seperti Melaka, Johor dan Kedah, namun ia masih berlangsung di beberapa negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan akan mula dikuatkuasakan pula di negeri Kelantan bermula 21 November ini.

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang paling membimbangkan ketika PKPB adalah perihal masa berkualiti dan kesihatan anak-anak.

Mereka bukan sahaja tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa, tetapi mungkin aktiviti fizikal mereka juga akan berkurang kerana kebanyakan masa terpaksa diluangkan di rumah.

Melalui sebuah hantaran di Facebook, Dr Anayasmin Azmi mengingatkan ibu bapa agar terus menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti outdoor bagi mengelakkan kesan bahaya kekurangan Vitamin D.

Berikut adalah perkongsian beliau.

Bahaya Kekurangan Vitamin D Pada Anak, Boleh Kena Sawan & Riket!

Pagi-pagi ni,

Satu lagi isu saya nak share,

Satu lagi yang merisaukan..
Masa PKPB ni,

Sebab kurang OUTDOOR untuk anak-anak,

Kami dah mula terima kes KEKURANGAN VITAMIN D.

Dibawa ke wad sebab ‘sawan’,
Bila diperiksa kami dapati kalsium rendah dalam badan anak usia 10 tahun.

Kalau dibiarkan,
Kekurangan vitamin D boleh affect tulang kanak-kanak iaitu penyakit RIKET!
(rujuk gambar di bawah)

Bahaya kurang vitamin D

bahaya kurang vitamin d

Bila kami tanya pesakit tu,
TAK SUKA SUSU
Kurang pengambilan produk tenusu,

Lepastu sejak PKP fasa pertama,
Anak memang dok dalam rumah je,
Main gajet most of the time,

Yelahkan,
Mak ayah risau nak bagi keluar.

Baca juga : Jenis Kuku Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan Kita. Ini 8 Keadaan Kuku Bermasalah Kena Tahu

Sumber Utama Vitamin D Adalah Daripada Matahari

Doktor Anayasmin juga menekankan bahawa sumber utama Vitamin D adalah daripada matahari, terutamanya matahari pagi yang baik untuk kesihatan kita.

Sumber utama vitamin D
Adalah dari matahari

Bila matahari kena pada kulit anak,
Vitamin D dihasilkan,

Selain tu produk tenusu juga membantu.

Jadi,
Walau PKPB ni,
Usahakan anak-anak outdoor walau sekejap,
Especially terbaik matahari pagi sebelum pukul 8am.

Boleh cuba sarapan di balkoni ke,
Backyard ke..

Paling best anak bermain di luar..
FREE play!

Bahaya kurang vitamin D

Usahakan Riadah & Aktiviti Luar Sekurang-kurangnya 2 Kali Seminggu

Menurut info tambahan dari Portal MyHealth, pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan kepada cahaya matahari (tanpa menggunakan pelindung matahari) selama 5-30 minit untuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.

Walaupun sinaran matahari merupakan sumber utama Vitamin D, ia juga boleh didapati daripada lemak ikan (seperti salmon, tuna), minyak hati ikan, hati lembu, kuning telur dan cendawan.

Baca juga: Jangan Abaikan Saja, Ini 9 Punca Tangan Kebas (Hand Numbness) Yang Kita Kena ‘Alert’

Namun seperti disebutkan oleh Dr Anayasmin di atas, vitamin D tidak boleh diperolehi dalam kuantiti yang mencukupi daripada makanan biasa. Makanan yang telah diperkayakan dengan vitamin D seperti produk tenusu iaitu susu, keju, mentega dan sebagainya merupakan sumber utama dalam diet.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa dan sekaligus menyampaikan kesedaran tentang kepentingan vitamin D pada anak-anak.

*Perkongsian Dr Anayasmin via Facebook ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan tentang bahaya kekurangan vitamin D, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×