Asuh

Pakar Minta Biasakan ‘Dedah’ Anak Dengan Cahaya Matahari Untuk Sumber Vitamin D!

70
SHARES

“Eh taknak lah keluar sekarang, panas ni. Aku tak tahan. Nanti berpeluh pulak, badan dah berpeluh habislah berbau!”

Bagi mereka yang belum mengetahui, cahaya matahari membekalkan sumber vitamin D kepada tubuh badan manusia terutamanya sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Sekiranya, asyik terperap dalam rumah tidak ‘berjumpa’ dengan matahari, akan menyebabkan sistem imunisasi dan antibodi badan berkurangan. Natijahnya, badan mudah untuk mendapat pelbagai jangkitan penyakit.

Baca juga: “Otak Paling Laju Berkembang 3 Tahun Pertama” – Sebab Itulah Bahaya Main Telefon Depan Anak!

Justeru itu, bawalah anak keluar ‘merasai’ cahaya matahari walaupun sekejap seperti yang dicadangkan oleh Dr. Mazliana Mazlan.

Ajar anak-anak dari sekarang, untuk suka berjemur bawah cahaya matahari.

1/8 dari penduduk dunia, ada masalah kekurangan vitamin D sebenarnya. Cuma kita je tak tahu, sebab tak pernah buat pemeriksaan darah untuk bacaan Vitamin D.

Contoh dalam gambar, bacaan vitamin D yang tak cukup, dan tak capai paras normal.

Suka terperap dalam rumah.

Pergi kerja matahari tak naik lagi.

Balik kerja pulak matahari dah nak jatuh.

Panas sikit tak boleh.

Ini yang kebanyakkan kita buat kan.

Sumber utama Vitamin D dari cahaya matahari. Vitamin D ni penting untuk sumber tenaga, kuatkan tulang, dan juga tingkatkan imuniti badan.

Cuba sedaya mungkin biasakan diri kita, dan ajar anak-anak untuk berjemur dengan cahaya matahari sekurangnya 30 minit setiap hari.

Kalau ada dalam kereta, atau dalam rumah, atau dalam office, yang tertutup dengan cermin, itu tak aci tau. Sebab cahaya matahari tak dapat nak tembus cermin. Kena jugak dapatkan cahaya direct terus kat luar okay.

SUMBER MAKANAN MILIKI KHASIAT VITAMIN D

Sumber makanan yang ada vitamin D pun banyak. Antaranya;

  • Ikan yang banyak lemak contoh salmon, sardin, tuna, kembung
  • Cendawan
  • Kuning telur
  • Minyak ikan kod

Boleh jugak buat pemeriksaan tahap Vitamin D dalam badan. Kalau rendah sangat, cuba ambil suplemen untuk tinggikan balik bacaan Vitamin D kita.

Untuk anak-anak, biarkan mereka berjemur selalu dan banyakkan bagi mereka makan ikan. InsyaAllah mudah-mudahan imuniti mereka kuat asbab dari Vitamin D yang cukup dalam badan.

PERBEZAAN JENIS CENDAWAN, MEMBEKALKAN KHASIAT YANG SAMA…

Merujuk penulisan Dr. Mazliana Mazlan yang sebelum ini, selain membekalkan vitamin D cendawan juga mempunyai khasiatnya yang lain.

Tak kisah lah apa jenis cendawan pun, memang ada kandungan vitamin D. Terutama cendawan yang dijemur bawah cahaya matahari. 

Antara khasiat lain yang ada pada cendawan:

  • Tingkatkan metabolism anak untuk kekal bertenaga dan happy selalu sebab ada kandungan vitamin B12.
  • Sumber zat besi yang tinggi untuk pembinaan sel darah baru anak.
  • Kuatkan sistem imun anak, maka akan kurang risiko untuk tak sihat.
  • Tinggi antioksida untuk melawan rasikal bebas dalam badan anak.
  • Ada juga kandungan kalsium untuk kuatkan tulang anak.
  • Tinggi selenium dan bagus untuk sistem pundi kencing anak.

Banyak kan kebaikan yang anak boleh dapat dari cendawan je.

Sama-sama kita cuba ya. 

Kalau anak keberatan nak keluar rumah, apa kata anda minta mereka untuk tolong sidai baju atau bersihkan laman rumah. Dapat sekejap pun tidak mengapa, dari tidak langsung terkena cahaya matahari.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×