Sihat

Jenis Kuku Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan Kita. Ini 8 Keadaan Kuku Bermasalah Kena Tahu

58
SHARES
jenis kuku

Kuku adalah salah satu bahagian anggota kita yang berfungsi melindungi hujung jari serta tisu lembut di sekeliling jari.

Perasan tak, dengan adanya kuku ni, ia akan memudahkan fungsi jari kita, contohnya apabila menyentuh atau mengutip benda halus.

Tahukah anda, kuku kita ni boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit-penyakit tertentu.

Eh, macam mana pula tu ya?

Jom kita fahami lebih lanjut tentang kuku!

jenis kuku

Apakah Kuku?

Kalau kita tanya apakah itu kuku, mesti semua orang tahu dan boleh tunjukkan kuku masing-masing.

Tapi, tahukah kita bagaimana kuku ini tumbuh dan apakah yang berada di bawah lapisan kuku?

Menurut Dr. Salmah bt. Nordin, sebenarnya plat kuku (nail plate) adalah bahagian sebenar kuku yang kita lihat. Ia terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.

Plat kuku (nail plate) ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.

Kutikel (cuticle) terletak di hujung proksimal kuku (proximal nail fold). Ia sebenarnya adalah lapisan kulit mati yang hampir tidak kelihatan yang terlipat di atas bagi melindungi plat kuku yang baru tumbuh.

Oh ya, kuku pada jari tangan tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.

jenis kuku

Jadi, Bagaimana Kuku Boleh Menjadi Petunjuk Tahap Kesihatan Kita?

Sekarang kita dah faham tentang kuku, tapi bagaimana agaknya kuku ni boleh menjadi petunjuk pada tahap kesihatan kita?

Jom kita fahamkan lagi apa sebenarnya yang terletak di bahagian bawah kuku.

Dasar kuku adalah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku adalah mengikut warna dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar.

Oleh sebab itulah, warna kuku kita boleh mencerminkan tahap kesihatan masing-masing.

jenis kuku

8 Jenis Kuku Bermasalah Yang Kita Perlu Tahu

Baiklah, kita dah faham tadi bahawa warna dan keadaan kuku boleh dijadikan petunjuk yang menggambarkan keadaan kesihatan kita.

Menurut Dr Sara Norris, ini berlaku kerana kesihatan kuku berkait rapat dengan bagaimana tubuh kita berfungsi pada bahagian lain.

Jadi, mari kita lihat apa yang kuku boleh beritahu kita berdasarkan Portal MyHealth ini.

jenis kuku rosak

Selain daripada 8 jenis kuku di atas, terdapat juga masalah kerosakan kuku yang biasa dialami contohnya:

1. Kuku Rapuh (Brittle)

Kuku jenis rapuh dan mudah koyak adalah salah satu masalah kuku rosak yang paling biasa berlaku.

Masalah yang dikenali sebagai onychoschizia ini juga didapati lebih banyak berlaku di kalangan wanita.

Foto Kredit: self-cure.com

Punca kuku rapuh ini adalah disebabkan oleh keadaan basah dan kering yang berulang kali atau pendedahan kepada bahan kimia contohnya dengan melakukan kerja-kerja mencuci yang kerap atau bahan pengilat kuku yag berlebihan.

Sekiranya ini yang berlaku, ia boleh diatasi dengan menggunakan losyen yang sesuai untuk kulit.

Namun, perlu diingat bahawa masalah kuku rapuh dan mudah ini ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah hypothyroidism dan kekurangan zat besi, vitamin dan kalsium.

2. Garisan Hitam Pada Kuku

Menurut Healthline.com, garisan hitam pada kuku ini juga dikenali sebagai splinter hemorrhage.

Garisan ini kadangkala berwarna kecoklatan atau kemerahan kerana berlakunya pendarahan pada bahagian bawah kuku.

Foto Kredit: WebMD

Ia selalu berlaku akibat trauma seperti tersepit pintu atau kecederaan tertentu.

Garisan ini akan hilang dengan sendirinya apabila kuku tumbuh dan diganti dengan kuku baru.

3. Kuku Tiada ‘Bunga’

Perasan tak dekat bahagian dasar kuku ada bahagian berwarna putih berbentuk bulan sabit yang digelar lunula.

Ada yang kecil, ada yang besar. Ia adalah kuku baru kerana kuku asalnya tumbuh di sini.

jenis kuku

Menurut Pusat Sains Negara, bunga kuku ini tidak akan kelihatan apabila kita kurang sihat tau!

Malah, ia juga mungkin petanda bagi keadaan berikut:

  • malnutrisi
  • depresi
  • anemia

Tapi ada juga orang yang tak ada ‘bunga’ kuku ni sebab ia mungkin ‘tersorok’ di bahagian bawah kuku.

Jadi janganlah risau sangat melainkan anda mengalami simptom-simptom di atas tadi ya.

4. Jangkitan / Cagu

Kuku juga terdedah kepada penyakit.

Kita perlu mengenali beberapa keadaan yang biasa berlaku untuk membantu anda mendapatkan rawatan.

  • Jangkitan bakteria
    Jangkitan lipatan kuku. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Namun, kulat adalah punca jangkitan yang diketahui.
  • Jangkitan kulat
    Jangkitan kulat adalah keadaan yang sering berlaku. Kuku boleh dijangkiti kulat yis atau kurap. Kuku boleh menebal dan cacat kerana mungkin plat kuku terpisah dari dasar kuku. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat.
  • Cagu
    Cagu adalah suatu keadaan apabila kuku tumbuh dalam dasar kuku, menyakitkan dan mendapat jangkitan. Ini berkaitan dengan cara memotong kuku yang salah atau berlebihan berat badan (obes). Ia juga kerap berlaku pada kaki yang besar.

Ciri Kuku Yang Sihat

Untuk memastikan kuku kita sihat dan tak bermasalah, kita mesti tahu ciri-ciri kuku yang sihat.

Ciri-ciri kuku yang sihat adalah seperti berikut.

  • Bersih
  • Mempunyai permukaan licin tanpa rabung atau alur
  • Mempunyai warna yang seragam. Ia harus bebas daripada tompokan atau berubah warna atau menjadi pudar
  • Walau bagaimanapun, apabila individu semakin berumur, rabung/alur boleh terbentuk

cara cegah cagu

Antara langkah penjagaan kuku yang boleh diamalkan termasuklah:

  • Pastikan kuku anda pendek, tetapi tidak terlalu pendek kerana ia boleh melukakan jari dan mendedahkan jari kepada jangkitan.
  • Potong kuku kaki anda lurus. Jangan cungkil bahagian tepi kuku bagi mengelakkan cagu dan jangkitan penyakit
  • Kuku panjang cenderung untuk terbelah dan mudah patah dan boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri.
  • Gunakan pelembap beberapa kali sehari
  • Pengilat kuku boleh mengekalkan kelembapan dalam kuku. Walau bagaimanapun ia mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu, terutama orang Islam kerana perlu berwuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
  • Elakkan menggunakan penanggal pengilat kuku terlalu kerap. Seeloknya hadkan penggunaan, maksimum sekali seminggu.
  • Jangan membuang kutikel kerana ia boleh mendedahkan kuku kita kepada jangkitan.

Kesimpulannya, penting untuk kita menjaga kebersihan kuku setiap hari walaupun kuku kita ni kecil saja.

Walau bagaimanapun, kalau cuma ada satu atau 2 jari kuku yang bermasalah janganlah kita panik kerana ia mungkin tidak menggambarkan tahap kesihatan kita keseluruhannya.

Maka, berjumpalah dengan doktor untuk kepastian ya.

[ Baca juga : Ini 6 Warna Darah Haid Yang Sebenarnya Mempunyai Maksud Di Sebalik Kesihatan Anda ]

[ Baca juga : Bukan Sekadar Lauk Berpantang, Ini 10 Khasiat Lobak Putih Yang Kita Patut Tahu ]

Most Popular

To Top
×