Sihat

Bukan Sekadar Lauk Berpantang, Ini 10 Khasiat Lobak Putih Yang Kita Patut Tahu

198
SHARES

“Sup lobak putih ni selalu orang buat lauk berpantang je. Tak sangka ramai orang kata banyak khasiat lobak putih ni… Ye ke?”

Umumnya kita di Malaysia lebih terbiasa dengan lobak merah atau carrot yang selalu digunakan dalam masakan harian termasuk dalam masakan acar dan sebagainya.

Namun lobak putih ni lebih popular sebagai ‘lauk berpantang’ atau dibuat sup di kalangan bangsa Cina.

Sebenarnya ada banyak khasiat lobak putih yang mungkin kita tak pernah tahu.

10 Khasiat Lobak Putih Yang Luarbiasa

Nama saintifik lobak putih ialah Raphanus sativus dari keluarga Brassicaceae.

Menurut sebuah artikel oleh Idris Bald dari Jabatan Pertanian Malaysia, lobak putih merupakan sejenis sayur yang mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-piruvik dan asid amino.

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada sayuran ini.

Antaranya:

1. Meningkatkan Ketahanan Badan

Manfaat lobak putih yang utama adalah meningkatkan sistem ketahanan badan.

Pengambilan lobak putih secara sederhana mampu mencegah jangkitan penyakit disebabkan oleh kandungan antioksidan dan vitamin C di dalam lobak putih yang dapat memperbaiki metabolisme tubuh.

Selain vitamin C, beberapa kandungan nutrien lain seperti vitamin B, vitamin E, dan potasium yang turut menyumbang kepada peningkatan sistem kekebalan tubuh.

http://frompaintowellness.com/

2. Meningkatkan Penghasilan Susu Badan

Mengikut petua orang dulu-dulu, sup lobak putih dapat membantu memperbanyakkan susu badan.

Walaupun belum ada kajian yang mengesahkan hal ini, namun ia telah menjadi amalan berpantang sejak berkurun lamanya.

Lagipun lobak putih mengandungi banyak khasiat yang tak rugi dicuba, bukan?

Foto Kredit: arrahman.id

3. Melegakan Sakit Perut, Sembelit & Buasir

Jika anda menghadapi masalah perut meragam akibat ketidakhadaman makanan, lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan berupaya menyelesaikan masalah penghadaman.

Ini kerana serat makanan pada lobak putih boleh membantu gerakan usus menjadi lebih teratur sekaligus meningkatkan kemampuan sistem pencernaan tubuh.

Dilaporkan hampir 30% daripada komposisi lobak putih ialah serat makanan yang sangat bagus untuk penghadaman.

4. Mencegah Masalah Buah Pinggang & Kencing Tak Lawas

Jus lobak putih dikatakan sangat baik untuk membersihkan bahagian dalaman badan manusia termasuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan masalah buah pinggang.

Komponen antimikrob yang terkandung dalam lobak putih pula menjadikannya salah satu alternatif untuk membantu mengatasi kehadiran mikroogranisma yang menyebabkan masalah kencing tak lawas.

masalah kencing kotor

Foto Kredit: kk.no

5. Mencantikkan Kulit

Seperti juga lobak merah, lobak putih turut mengandungi vitamin A yang boleh membantu mengatasi kekeringan pada kulit, rambut dan kuku.

Selain itu, vitamin A berfungsi mencegah kedutan pramatang, jerawat, kulit kering, pigmentasi, dan warna kulit yang tidak sekata.

Lobak putih yang kaya dengan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dalam badan untuk mengekalkan keanjalan kulit seterusnya melambatkan proses penuaan.

cara atasi kulit kering

Foto Kredit: news.urban360.com.mx

6. Mengurangkan Gejala Demam Selesema

Antara lain manfaat lobak putih adalah mengurangkan gejala demam dan selesema.

Ini kerana lobak putih mengandung zat-zat yang bersifat antibiotik sehingga mampu mengatasi jangkitan yang menyebabkan gejala tersebut.

Isteri sakit demam panas

Isteri sakit demam panas

7. Mengurangkan Osteoarthritis

Kandungan antioksidan dalam lobak putih dikatakan mampu mengurangkan keradangan tulang rawan atau osteoartritis.

Vitamin C di dalam lobak putih juga dapat merangsang pembentukan kolagen yang diperlukan oleh tulang rawan.

rasa sakit bersalin

Foto Kredit: canadianpharmacymeds.com

8. Bersifat Anti-Kanser

Komponen fitokimia, falcarinol dan falcarindiol dalam lobak putih dipercayai bersifat anti-kanser.

Ia dapat membantu mengurangkan risiko barah seperti barah usus, barah paru-paru dan barah payudara.

10 Makanan Milk Booster Terbaik, Untuk Ibu Menyusu!

Foto Kredit: Google

9. Membantu Mengawal Berat Badan

Jus minuman lobak putih berkalori rendah dan menggantikan minuman bergula dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Kandungan serat yang terkandung di dalamnya apat membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan.

Ini memainkan peranan penting bagi seseorang yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Foto Kredit: medicalnewstoday.com

10. Membantu Memecahkan Batu Karang

Menurut kajian, lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretik (merangsang air kencing) dengan kandungan potassium yang tinggi.

Pengambilan jus lobak oleh pesakit batu karang dikatakan mampu melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing.

Selain itu, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.

Khasiat lobak putih

Banyaknya Manfaat Lobak Putih!

Begitu banyak manfaat lobak putih yang mungkin sebelum ini kita tak pernah tahu.

Maka, tak hairanlah lobak putih sering dijadikan lauk semasa berpantang kan?

Kalau nak ikutkan, lobak putih sesuai untuk dijadikan lauk harian dengan pelbagai cara olahan.

Contohnya kita boleh buat sup lobak putih, jus lobak putih, salad lobak putih atau lobak putih goreng.

Memang sedap, sihat dan berkhasiat tinggi.

Di sini kami sertakan resepi sup lobak putih yang sangat popular untuk ibu berpantang dan menyusu badan.

Resepi Sup Lobak Putih

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor rangka ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam / perencah secukup rasa

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang, daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×