Pengorbanan ibu sememangnya tiada tandingan dan itulah yang dilakukan oleh insan bergelar Alin Azreen. Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, dia terpaksa potong kaki akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
Baca juga: TikToker Ini Buat Mukbang Makan Lauk Kampung, Tapi Ada 1 Video Mengundang Air Mata…
POTONG KAKI AKIBAT KANSER KETIKA HAMIL ANAK KEDUA
Menerusi video yang tular di TikTok itu, pada mulanya hanya berlaku lebam di bahagian badan sehingga menyebabkan luka. Katanya, lebam tersebut tidak sakit dan tiada sebarang tanda lain.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Dia turut memberitahu bahawa sebelum amputasi atau pemotongan kaki berlaku, dia sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya di pantai.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak. Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Alin turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan. Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Kejadian yang berlaku 2 tahun yang lalu ini masih segar di dalam ingatannya namun tiada sedikit rasa menyesal dengan keputusan dirinya.
Tindakan si ibu untuk potong kaki akibat kanser sudah pastinya menerima komen positif daripada warganet dan rata-rata mendoakan agar sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Baca juga: Hanya Bermula Dengan Ulser, Wanita Ini Disahkan Kanser Lidah & Terpaksa Dipotong
Sumber: TikTok Alin Azreen