Dapur

Cara Buat Puding Triffle Dalam Cup, Layer Macam Ini Baru Cantik!

25
SHARES
PUDING TRIFFLE

Puding triffle merupakan antara menu sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut ketika jamuan di rumah. Walaupun ia kelihatan agak sukar tetapi sebenarnya mudah sahaja untuk menghasilkannya.

Menerusi Asmida Nor di laman Facebooknya, dia ada kongsikan resepi puding triffle untuk anda cuba di rumah atau menjualnnya sebagai punca pendapatan.

Baca juga: 10 Jenis Buah Durian Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Sedap?

PUDING TRIFFLE BUAT SENDIRI DI RUMAH, CUBALAH

PUDING TRIFFLE

Bahan-bahan: 

  • 1 roll kek swiss roll pandan
  • 1 tin koktail (asingkan air & buahnya)
  • 1 paket serbuk agar-agar & bahagikan 2 (timbang 5g)
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 6 sudu tepung kastard
  • 1 tin air (sukat tin susu cair)
  • Secubit garam
  • Bekas kod P6 (6oz)

Cara-cara penyediaan adunan kastard:

– Satukan air, susu cair, gula, tepung kastard, air lebihan koktail dan garam.

– Masak sehingga adunan jadi pekat meletup-letup dan suamkan.

Cara penyediaan adunan jelly:

РSatukan 3 1/2 cawan air + 1 sudu esen ros @ sirap + 4 sudu gula + 5g serbuk agar-agar.

– Kacau dulu baru buka api. Pastikan kacau sehingga mendidih.

– Biarkan sehingga suam.

Cara penyediaan puding triffle:

1. Potong 1 roll kek swiss pandan. Potong mengikut ketebalan yang diinginkan.

2. Seterusnya, susun di dalam bekas dan tuangkan air koktail ke atas kek. Sekadar untuk basahkan sahaja.

3. Selepas itu, tuang adunan kastard dan letak buah koktail di atas.

4. Setelah itu, tuangkan pula adunan jeli di bahagian atas.

5. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais.

Biarkan satu malam untuk lebih nikmat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Kaya Ball Gebu & Lembut, Sedap Macam Dekat Pasar Malam!

Sumber: Facebook Asmida Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×