Dapur

Resepi Kaya Ball Gebu & Lembut, Sedap Macam Dekat Pasar Malam!

2
SHARES
kaya ball

Setiap kali ke pasar malam pasti ada peniaga yang menjual kaya ball dengan pelbagai variasa perisa. Nak lebih sedap dan puas hati, anda boleh cuba buat sendiri sahaja di rumah seperti dilakukan oleh pengguna Facebook ini.

Jelasnya, resepi kaya ball ini mudah sahaja tetapi anda perlu ada acuan agar menjadi bulat seperti bentuk yang biasa dijual. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Resepi Roti Sosej Sos Bolognese, Buat Sekali Anak Mesti Minta Lagi!

KAYA BALL BUAT SENDIRI LEBIH SEDAP, INI RESIPINYA

KAYA BALL

Hari ini saya nak kongsi resepi kaya ball tanpa menggunakan mixer. Paling penting kena ada acuan. Resepi ini boleh juga digunakan untuk buat pancake. Lembut dan menjadi.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam*
  • 1 sudu besar gula halus *
  • 3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk *
  • 1 biji telur gred c *
  • 2 sudu besar butter – cairkan *
  • 1 sudu kecil esen vanilla *
  • Kaya secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas yang bertanda (*) dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau lagi sehingga tepung tidak berketul.

3. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.

4. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.

5. Picitkan separuh adunan ke dalam acuan kemudian picitkan kaya. Picitkan lagi adunan sehingga penuh.

6. Tutup acuan menggunakan penutup periuk dan biar selama 3 minit.

7. Akhir sekali, alihkan kaya ball tadi dan biarkan lagi selama 3-5 minit sebelum diangkat.

Sedia untuk dihidangkan. Anak dan suami pasti teruja dapat merasai kaya ball sesedap ini.

Baca juga: Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Beku, Kena Pilih Ikut Jenis Masakan

Sumber: Nur ZaRa & Nuhaz Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×