Dapur

Cara Buat Sos Thai, Boleh Guna Sebagai Pencicah & Kuah Masakan Lain

21
SHARES
cara buat sos thai

Citarasa makanan orang Malaysia dan Thailand tidak mempunyai perbezaan yang terlampau jauh. Salah satu makanan sampingan yang digemari serta dijadikan pencicah kepada keropok lekor, popia dan cucur udang adalah sos Thai. Mempunyai rasa pedas dan manis yang tidak keterlaluan menjadikan orang ramai tercari-cari cara buat sos Thai yang betul-betul sedap!

Berikut merupakan perkongsian resepi sos pencicah Thai yang anda boleh cuba. Tak perlu lagi beli di kedai dan minta sos ekstra setiap kali nak mencicah.

Baca juga: Cara Buat Lo Han Guo Dessert, Air Penyejuk Badan Yang Boleh Diminum Sampai Sebalang!

CARA BUAT SOS THAI, PENCICAH PALING SEDAP!

cara buat sos thai

Bahan-bahan:

-3 ulas bawang putih dikopek kulit
-2 cili merah (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
-1/2 cawan gula pasir
-3/4 cawan air
-1/4 cawan cuka
-1/2 sudu besar (tbsp) garam
-1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos. Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

cara buat sos thai

Foto: Info Rakyat

Sos pencicah Thai ini amat lazat sekiranya digunakan untuk cicah, bebola ikan rebus/goreng, ppopia goreng, cucur udang, ayam goreng, ayam bakar, ikan goreng atau pun sayur sayuran. Ia mudah untuk dibuat sendiri dan boleh simpan dalam botol di peti sejuk anda untuk kegunaan.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Khairul Aming FP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×