Bagi yang diet tapi suka makan puding roti, bolehlah cuba resepi puding roti sihat ni.
Bahan-bahannya dah ubah menggunakan bahan sihat dan semestinya tanpa gula.
Sesekali buat kelainan seronok juga kan?
Boleh je buat untuk sarapan, makan petang / malam atau makan tengahari.
Makan macam ni pun kenyang tau!
Jom kita cuba resepi puding roti sihat oleh saudari Darina Sekeri ni.
Resepi Puding Roti Sihat. Simple & Sedap!
Bahan-bahan
- 4 biji telur*
- 1/2 cawan susu segar*
- 1 sudu kecil vanilla*
- 1/2 sudu kecil garam*
- 3 keping roti wholemeal – koyak suka hati
- 6 biji tomato ceri – potong 1/2
- 1/2 batang timun Jepun – potong dadu
- 2 keping cheese koyak suka hati
Cara-cara
Ok dah ada semua bahan, jom tengok langkah-langkah nak buat puding roti sihat ni.
Simple je.
1. Kacau Telur & Susu
Mula-mula bancuhkan telur, susu, esen vanila dan garam ( semua bahan bertanda *) dalam sebuah mangkuk.
Kacau sebati guna whisk je, kalau takde boleh je guna garfu.
2. Koyak Roti
Koyakkan 3 keping roti wholemeal ikut suka hatilah nak saiz macam mana.
Bubuh terus dalam loyang pembakar.
3. Masukkan Sayuran & Cheese
Masukkan timun, tomato, dan cheese.
Kalau nak tukar sayuran lain pun ok, boleh ikut kreativiti dan selera masing-masing nak topping dan isi yang macam mana.
4. Siram Dengan Telur & Susu
Kemudiam kita siram roti dan bahan tadi dengan telur dan susu yang telah dibancuh asing.
5. Bakar
Akhir sekali bolehlah bakar dalam oven suhu 150 (50min).
Kena tengok jugak oven masing-masing ok. Maybe ada oven yang jenis lain kena adjust ikut suhu yang sesuai.
(Kalau nak guna air fryer pun boleh. Suhunya ikut kesesuaian air fryer masing-masing ok.)
Siap!
Ok bila dah siap, inilah hasilnya.
Memang berbau wangi dan sedap sangat makan panas-panas, macam beli dekat bakeri.
Sesekali buat kelainan seronok juga kan?
Bahan-bahan yang nak digunakan pun simple aje, mesti dah ada dekat rumah.
Sesuai untuk diet dan sesuai juga untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Oat Cookies Yang Paling Mudah. Sesuai Untuk Diet!
Baca juga: Begini Caranya Saya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk
*Resepi puding roti sihat ini dikongsikan oleh saudari Darina Sekeri menerusi Facebook Group Diet Suku Suku Separuh (DSSS). Jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut tentang resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.