Dapur

Resepi Muffin Sihat Tanpa Tepung & Gula, Cuma 5 Bahan!

408
SHARES

Anak-anak biasanya memang suka muffin. Tapi yang dijual di kedai selalunya mestilah manis. Jadi, kali ini kami ingin berkongsikan sebuah resepi muffin versi sihat oleh Puan Scha yang mesti anda cuba.

Memang mudah dan hanya menggunakan 5 bahan saja. Yang penting, sihat dan homemade. Dibuat dengan penuh kasih sayang. Bak kata tuan punya resepi, yang berdiet nak pakai kebaya raya tahun ni pun boleh makan. Dan walaupun muffin ini versi sihat, bila masuk mulut, bagaikan terbang melayang di awang-awangan!

Apapun, kalau nak tahu kenalah cuba buat dan rasa dulu. Jom tengok resepi beliau selengkapnya.

 

Resepi Rolled Oats Muffin Sedap & Simple, Cuma Guna 5 Bahan

Berikut adalah 5 bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan Rolled oats
  • 2 biji telur
  • 5 biji kurma
  • 2 biji pisang
  • 1 sudu baking powder
  • *sedikit kismis / apa-apa bahan topping (optional)

Hanya 5 bahan!

Cara-cara

1. Sediakan Bahan

Pertama sekali, pecahkan telur ke dalam sebuah bekas. Kupas pisang dan campurkan semua bahan ke dalam blender.

2. Kisar Hingga Likat

Seterusnya kisarkan semua bahan tersebut hingga likat.

3. Masukkan Dalam Adunan

Kemudian, dah boleh masukkan adunan ini ke dalam acuan. Boleh guna apa-apa acuan yang tahan panas. Boleh juga gunakan cawan kertas / cupcake.

4. Taburkan Topping

Sebelum bakar, taburkan topping ikut citarasa masing-masing. Ini optional, kalau tak bubuh pun tak apa. Sedap juga.

Cuma kalau nak yang sihat, gunakan kacang almond, badam, atau kismis macam dalam yang dibuat dalam gambar ini. Bagi yang suka coklat, bolehlah taburkan cip coklat gelap, parutan keju atau apa-apa lagi, terpulang pada selera anda.

5. Bakar

Akhir sekali, bakar dengan suhu 180 darjah selama lebih kurang 20 minit. Saya guna api bawah saja. Ikutlah oven masing-masing ya.

Jom cuba!

Beginilah hasilnya. Nampak menyelerakan. Paling nikmat bila dimakan panas-panas. Tapi kalau tak habis, simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan hingga 4-5 hari juga tau.

Sesuai sangat buat sarapan atau makan petang bersama keluarga. Semestinya pilihan yang lebih sihat berbanding muffin biasa yang dibeli di luar. Mudah pun mudah, kan?

Semoga bermanfaat untuk semua. Jemput share dan silalah kongsikan hasil air tangan anda dengan kami.

 

*Resepi asal Rolled Oats Muffin Tanpa Tepung & Gula ini adalah oleh Puan SCha EllCha Lee yang pertama kalinya dikongsikan beliau melalui Facebook. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau lebih banyak tips sihat, bolehlah follow Puan Scha di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×