6-12 Bulan

‘Checklist’ Makanan Pejal Pertama Bayi. 7 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

987
SHARES

“Lagi 2 minggu Farish dan nak masuk 6 bulan. Apa nak bagi dia makan ya?”

Bagi ibu yang pertama kali nak memberi anak makanan pejal, mungkin ada yang masih keliru dan teragak-agak. Jadi, di sini kami bincangkan beberapa perkara atau senarai semak yang diharapkan boleh menjadi panduan kepada anda.

7 Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Makanan Pejal Pertama Bayi

1. Paling Penting, Tunggu Hingga Bayi 6 Bulan

Memang excited nak bagi bayi makan, apatah lagi bila tengok dia macam ‘terliur’ saja dengan makanan kita. Rasa kasihan pun ada.

Apapun, ibu-ibu jangan mulakan makanan pejal ini sebelum usia yang disyorkan ya, iaitu 6 bulan. Sebelum usia 6 bulan, usus bayi belum bersedia sepenuhnya untuk menghadamkan makanan selain susu ibu. Jadi, elakkan semua jenis makanan pejal termasuklah bijirin / nestum yang dimasukkan ke dalam susu bayi.

Pemberian makanan terlalu awal boleh mengganggu perkembangan usus bayi serta menyebabkan komplikasi yang serius pada usus mereka yang masih belum matang seperti pecah usus.

alahan susu

Foto Kredit: rollercoaster.ie

2. Makanan Apa Yang Patut Diberikan Buat Pertama Kali?

Mungkin ada ibu yang teruja nak beri bayi makan, tapi ada juga sebahagian yang rasa ‘takut-takut’ nak mulakan makanan pertama bayi. Sebenarnya anda akan berasa lebih yakin bila anda tahu apa yang sesuai diberikan kepada mereka.

Anda boleh memulakan makanan pejal pertama bayi ini dengan memberi puri buah-buahan atau sayuran, atau bubur nasi yang dicampurkan dengan susu ibu / susu formula. Sesuaikan kepekatan puri ini sedikit demi sedikit.

Menurut eatright.org, antara makanan yang paling digemari dan mudah diterima oleh bayi adalah

  • lobak merah
  • keledek
  • labu
  • pisang
  • betik
  • pear
  • kentang

Selain dalam bentuk bubur / puri, makanan jejari seperti buah-buahan dan sayuran lembut yang dipotong kecil atau biskut bayi juga boleh diberikan.

Foto Kredit: essentialbaby.com.au/

3. Makanan Yang Bersifat Alergenik

Pemberian makanan yang bersifat alergenik atau mudah menimbulkan reaksi seperti soya, telur, gandum, ikan, dan makanan yang berasaskan kacang mungkin boleh dilewatkan sedikit, terutamanya jika bayi anda mempunyai masalah eczema, alahan, atau mempunyai adik beradik yang pernah mengalaminya.

Namun, jika anda telah melihat keserasian bayi dengan makanan-makanan yang lain, tiada masalah untuk anda memberikan makanan ini.

petua rebus telur tak pecah

Foto Kredit: merci-mama.com

4. Mulakan Dengan 1 Jenis Makanan Terlebih Dahulu

Selalunya, makanan yang mudah diterima oleh bayi seperti yang disenaraikan di atas tidak akan menyebabkan alergi. Namun, seeloknya apabila mencuba sesuatu makanan baru, elakkan daripada mencampurkannya dengan makanan yang lain.

Elakkan daripada memberi anak 2-3 jenis makanan sekaligus kerana dengan ia menyebabkan ibu ayah keliru untuk mengenalpasti makanan yang menjadi punca reaksi alahannya.

http://www.parents.com/

5. Jangan Tambahkan Gula Atau Garam Dalam Makanan Bayi

Memang normal bagi sesetengah bayi untuk menolak makanan pada awalnya. Namun, jangan jadikan ia alasan untuk menambahkan gula atau garam dalam makanan mereka untuk menjadikannya lebih ‘sedap’.

Apabila telah dibiasakan dengan gula dan garam terlalu awal dalam makanan bayi, mereka akan menganggap makanan ini adalah yang ‘sedap’. Ia juga boleh menyebabkan ketagihan dan boleh menjadi punca masalah kesihatan seperti obesiti dan kerosakan gigi pada awal usia.

Foto Kredit: stockphoto.com

6. Jadi, Apa Nak Buat Kalau Bayi Tak Suka Makan?

Habis tu, kalau si kecil tak suka makan juga nak buat macam mana?

Sabar. Sebenarnya kajian pakar menunjukkan bahawa secara puratanya bayi perlu diperkenalkan dengan sesuatu makanan sebanyak 15 kali sebelum dapat menerimanya. Jadi, cuba bertenang dan jadikan masa makan masa yang seronok.

Lagipun, anda tak perlu beri kuantiti yang banyak dalam sehari. Menurut BabyCenter, dalam 1-2 bulan terawal, bayi cuma perlukan

  • 1 sudu teh buah-buahan, boleh tambahkan kepada 2-3 sudu besar dalam 4 kali makan
  • 1 sudu teh sayur, boleh tambahkan kepada 2-3 sudu besar dalam 4 kali makan
  • 3 hingga 9 sudu besar bijirin atau nasi dalam 2/3 kali makan

Kalau anak tak mahu makan, jangan paksa mereka hingga ‘berperang’. Selain mempelbagaikan jenis makanan, anda juga boleh mencuba banyak cara penyediaan makanan untuk menarik minat bayi untuk makan. Ada bayi yang lebih suka makan sendiri, ada yang suka makanan jenis finger food berbanding bubur. Beri peluang mereka mencuba.

Foto Kredit: today.com

7. Usah Lewatkan Pemberian Makanan Pejal

Walaupun bayi masih bergantung kepada susu sebagai sumber makanan utama, usah melewatkan pemberian makanan kepada bayi anda. Pendedahan kepada makanan pejal ini penting bagi bayi melengkapi keperluan nutrisi yang sangat pesat.

Tidak dinafikan bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, tetapi perkembangan bayi yang semakin meningkat memerlukan lebih lagi keperluan nutrisi yang tidak dapat ditampung daripada susu ibu semata-mata.

Foto Kredit: masterfile.com

Jangan Stres Ya Mama!

Tak perlu hadkan diri anda dengan makanan tertentu saja. Jika nampak bayi ingin mencuba, bolehlah berikan 1 cubit untuknya merasa.

Kalau bayi tak mahu, tak perlu paksa. Pujuk perlahan-lahan dan ubah strategi. Kini, macam-macam idea hidangan si kecil yang boleh didapati dengan mudah. Kalau ibu ayah stres, bayi juga akan turut stres – menangis, mengamuk, dan lagi susah nak makan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×