Dapur

Cara Mudah Buat Biskut Bayi Homemade. Sesuai Untuk ‘Teething’ & Boleh Buat Bubur!

3.4K
SHARES

“Suka betul si kecik ni makan biskut. Kalau pandai buat sendiri bagus juga. Agak-agak susah tak cara buat biskut bayi homemade ni ya?”

Bila anak dah mula pandai makan macam-macam, ibu-ibu mesti teruja. Semestinya kebanyakan ibu lebih suka memberi makanan homemade atau hasil air tangan sendiri supaya lebih terjamin sumber dan khasiatnya.

Sebenarnya, nak buat biskut bayi tidaklah susah. Di sini kami kongsikan resepi oleh Puan Siti Azura. Prosesnya memang mudah dan simple saja. Percubaan kali pertama terus menjadi!

Mari ikuti resepi biskut bayi tersebut selengkapnya.

Cara Mudah Buat Biskut Bayi Homemade Paling Mudah

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 750ml unsalted butter (3 cawan)
  • 250ml tepung jagung (1 cawan)
  • 125ml tepung attar (1/2 cawan)
  • susu ibu atau susu formula secukupnya

*Untuk sukatan cawan, Zura refer kepada penyukat jenis di bawah ini. Biasanya boleh jumpa di kedai buat kek atau pasaraya.

*Kalau tak ada penyukat jenis ini atau penyukat lain, boleh sukat guna botol susu. Sebab di situ ada sukatan ml.

Cara-cara

1. Pukul Butter

Pertama sekali, pukul unsalted butter sampai kembang. Zura pakai senduk saja untuk pukul butter ni. Nak kata kembang, tak kembang sangat pun, ala kadar saja.

2. Masukkan Tepung Jagung & Tepung Attar

Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung attar sedikit demi sedikit.

3. Tuangkan Susu

Kemudian, masukkan susu ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh.

4. Tekap Ikut Bentuk Yang Diingini

Selepas doh siap, bolehlah ditekap dengan acuan. Zura guna macam-macam acuan.

Bagi yang tak ada acuan, boleh juga buat bentuk biasa yang tak perlukan acuan.

5. Bakar

Bila dah siap, bolehlah dibakar dengan suhu 120 darjah celcius, selama 15-20 minit.

6. Siap

Macam biasa, bila dah siap tunggu sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

7. Cara Penyediaan

Bila nak makan, boleh ambil dalam 3 atau 4 biskut tadi dan rendamkan bersama susu panas. Rendam lebih kurang 10 minit. Bila dah kembang, bolehlah dilenyekkan dan dijadikan bubur bayi.

cara buat biskut bayi homemade

Bagi anak yang lebih suka menggigit dan tak suka makan bubur, boleh diberi begitu sahaja.

Nota Tambahan

*Biskut ini paling sesuai apabila bayi dah masuk 8 bulan, atau bagi bayi yang dah pandai makan biskut.

*Rasa biskut ini lebih kurang macam biskut Nestum. Anak saya memang suka sangat, sampai licin semua!

*Tepung attar boleh dibeli di pasaraya. Zura beli di Giant. Biasanya tepung ini digunakan untuk membuat capati. Tepung attar memang sesuai untuk bayi.

*Kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sedikit kismis atau kurma yang dihancurkan.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Kalau tengok pada cara di atas, memang nampak mudah. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Bolehlah ibu-ibu cuba dan pelbagaikan ikut kreativiti tersendiri.

Yang best, ianya menggunakan bahan semulajadi yang bebas pengawet, pemanis, atau pewarna tiruan. Senang pula nak dibawa travel, tak payah beli di kedai lagi!

 

*Resepi asal disumbangkan oleh Puan Siti Azura melalui Facebook My Baby Homemade Solid Food. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk kepada post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×