Dapur

Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai. Tak Keras, Tak Cair, Gebu Je!

“Alahai, hari ni cair sangat pulak telur separuh masak ni. Semalam terlebih masak, dah jadi telur keras pulak. Ish, tension tension. Macam mana nak bajet bagi gebu elok je, macam dekat kedai tu?”

Mesti ramai yang suka makan telur separuh masak untuk sarapan kan? Perasan tak, kalau kita makan yang di kedai tu, teksturnya memang elok. Gebu je, tak cair sangat dan tak keras macam telur rebus.

Tapi bila kita cuba buat sendiri dekat rumah, susahlah pula nak mengagaknya. Kadang-kadang tu bila buat ada saja yang tak kena… Ada yang cair sangat sampai rasa mentah, ada yang terlalu masak dan tak dapat nak cicah dengan roti bakar. Frustnya!

Walaupun nampak senang, nak buat telur separuh masak ni pun ada tekniknya. Di sini kami nak kongsikan cara yang paling simple dan insha Allah tak mengecewakan anda. Ramai dah cuba dan memang menjadi.

Jom kita tengok cara buat telur separuh masak yang perfect di bawah.

Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai. Tak Keras, Tak Cair, Gebu Je!

1. Didihkan Air

Mula-mula, rebuskan air dalam periuk. Pastikan kuantiti air mencukupi sampai dapat menutupi keseluruhan telur yang kita akan bubuh kejap lagi.

Mana yang student U tak ada periuk dan dapur bolehlah juga masak air guna cerek air sampai mendidih.

2. Tutup Api, Masukkan Telur

Bila air dalam periuk tadi dah menggelegak, tutupkan api gas.

Lepas tu baru masukkan telur yang dah dibasuh.

3. Set Timer 7 Minit

Bahagian ni paling penting sebab ramai yang leka bila masak telur separuh masak.

Bukan apa, kalau kita agak-agak je masanya potensi untuk terlupa tu memang tinggi. Jadi kalau nak selamat, setkan masa guna handphone 7 minit.

Sambil tu korang bolehlah bancuh kopi ke, bakar roti, atau bersiap pakai tudung untuk ke pejabat.

4. Siap!

Bila timer tu dah bunyi, cepat-cepat angkat telur tu keluar dari periuk. Lalukan dengan air paip supaya taklah panas sangat masa nak pecahkan nanti.

Lepas tu, apa lagi. Pecahkan dan makanlah!

Hasilnya insha Allah sebiji macam telur rebus dekat kopitiam.

cara buat telur separuh masak

Ni yang kami dah cuba sendiri.

Tengok, jadi kan?

Bubuh Kicap & Serbuk Lada Hitam, Sedapnya…

Memang lazat tak terkata bila dapat cicah dengan roti bakar. Nak bagi kaww, bubuhlah kicap dengan serbuk lada hitam sikit. Fuh, hirup macam tu saja pun sedap!

Senang kan? Peminat tegar telur separuh masak lepas ni tak payahlah order dekat kedai lagi. Lagi jimat makan dekat rumah kan? Selamat mencuba ya.

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top