Dapur

Rupanya Macam Ini Cara Goreng Paru Garing & Tips Hilangkan Hanyir

50
SHARES

Mesti anda pernah berasa susahnya untuk memasak organ paru kan? Sudahlah, paru garing masak sambal itu kegemaran anda. Sekiranya anda tidak tahu cara yang betul, boleh jadi ia tidak garing dan mengambil masa yang lama untuk masak.

Justeru itu, bagi menyelesaikan kesukaran ini, penulis ingin kongsikan beberapa tips yang diberikan oleh Puan Afy AL Habibi di bawah. Di sini, telah dikongsikan tips menghilangkan hanyir paru dan cara ia digoreng garing. Semoga dapat membantu!

Baca juga: Resepi King Oyster Kacang Buncis, Lebih Kenyal Dari Cendawan Shitake

TIPS PARU DIGORENG GARING & HILANG HANYIR

Resepi ini saya kongsi dekat Facebook untuk kawan yang teringin nak tahu rahsia paru jadi garing. Nak mudahkan mereka, saya tunjukkan langkah penyediaannya ikut cara sendiri sambil selit tips.

Biar ringkas, mungkin ada manfaat untuk yang belum tahu. Sebab ada kawan yang bagitahu sebelum ni dia hiris paru tanpa rebus dulu. Susahnya. Nak goreng pun ambil masa lama dan tak garing.

Lepas dia cuba resepi ini, dia suka sangat sebab paru garing masak sambal masakan kesukaan dia. 

Ini rupa paru yang telah dibersihkan.

TIPS HILANGKAN HANYIR PARU:

1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.

2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.

3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.

4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.

Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.

TIPS UNTUK PARU GARING:

1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.

2. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.

3. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

4. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi.

5. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

6. Gunakan api sederhana perlahan.

7. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

Siap untuk paru yang garing! Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Afy AL Habibi via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×