Dapur

Resepi King Oyster Kacang Buncis, Lebih Kenyal Dari Cendawan Shitake

34
SHARES

Sekiranya anda tidak menggemari cendawan shitake, mungkin boleh beralih rasa kepada cendawan king oyster. Melalui perkongsian cerita dari Puan Niesa Hasan, king oyster tidak mempunyai bau seperti shitake.

Malah, teksturnya lebih kenyal sehingga berjaya menjadikan cendawan ini sebagai pilihan utamanya. Mari ikuti resepi cendawan king oyster kacang buncis yang dimasak menggunakan sos tiram dan lada hitam.

Baca juga: Betul Ke Makan Limau Mandarin Jadi Punca Batuk? Ahli Kimia Jelaskan & Ini Cara Mencucinya…

CENDAWAN KING OYSTER TIADA BAU & LEBIH KENYAL

Masa tengah pilih shitake mushroom dekat Lotus’s tadi, ada Aunty Chinese tegur. Dia tanya macam mana you masak mushroom ni?

Niesa bagitau dia masak osyter blackpepper. Kadang rebus biasa macam tu je. Lepas tu aunty suggest untuk try king oyster mushroom. Dia cakap masak sama je macam shitake mushroom.

Aunty siap ajar cara pilih king oyster mushroom dan cara nak potong. Baik sangat dia. Dia siap cakap, nanti mesti akan repeat beli dan tak nak beli shitake dah hehe.

Gambar hiasan: Cendawan King Oyster – Google.com.

Niesa cuba masak tadi, memang sedap king oyster mushroom ni. Lebih kenyal daripada shitake, tak ada bau macam shitake mushroom tu. Siapa yang tak suka shitake, boleh try king oyster mushroom.

Dah boleh masuk list favourite king oyster mushroom ni. Harga normal dalam Rm3.++, tapi tadi ada clearance dapat Rm1.50++ je.

RESEPI OYSTER BLACKPEPPER: KING OYSTER KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan King Oyster.
  • Kacang buncis.
  • Bawang Holland.
  • Bawang putih.
  • Sos Tiram.
  • Kicap manis.
  • Serbuk Blackpepper.
  • Gula.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih

2. Bahan tumis dah garing, masukkan oyster sauce (sos tiram) dalam 2 sudu besar.

3. Masukkan kicap manis, agak-agak untuk gelapkan kuah. Boleh masukkan gula sesudu untuk balancekan rasa.

Garam niesa tak letak sebab dah guna osyter sauce.

4. Masukkan blackpepper, sesuaikan dengan citarasa masing-masing.

5. Boleh tambahkan sedikit air kalau suka berkuah. Biarkan mendidih sekejap.

6. Masukkan king oyster mushroom. Kebetulan ada kacang buncis dalam fridge, Niesa masukkan je sekali.

7. Kacau rata manja-manja je, biarkan seketika dalam 4-5 minit. Dah siap!

Sumber: Facebook Niesa Hasan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×