Dapur

Kuih Daging Goreng? Ini Resepinya Kena Cuba. Ranggup Di Luar, Lembut Di Dalam!

37
SHARES

Makanan bergoreng menjadi makanan kegemaran anak-anak ditambah pula dengan ranggup, memang confirm lagi suka. Antara juadah bergoreng yang diminati pastilah ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya.

Apa kata, cuba resepi baharu iaitu kuih daging goreng. Intinya yang padat dan tak pedas serta kulit luarnya ranggup. Kalau makan sebiji mesti tak cukup, anak-anak mesti suka!

Baca juga: Bapa Kongsi Cara & Idea Masak Lauk Untuk Seminggu, Jimat Masa & Wang!

KUIH DAGING GORENG, INI RESEPINYA

Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli di laman Facebooknya.

Pagi ni saya nak share kuih kegemaran anak-anak yang meraka bagi nama; KUIH DAGING

kuih daging goreng

BAHAN-BAHAN INTI:

  • Daging
  • Rempah kari daging
  • Rempah kurma
  • daun bawang/ daun sup
  • Kentang & Carrot
  • Bawang Holland
  • Cili merah

CARA-CARA PENYEDIAAN INTI:

1. Tumis hirisan bawang putih dan merah sehinga naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan kurma yang dah dibancuh degan air dan masak sehinga pecah minyak/ garing

3. Masukkan daging. Masak hingga empuk

4. Kemudian masukkan carrot dan kentang..

5. Garam dan gula secukup rasa.

6. Akhir sekali, masukkan bawang holland, daun bawang, cili merah dan daun sup. Ketepikan dan biar sejuk.

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:

1. Rebus Keledek bersama sikit garam hingga empuk.. kemudian lenyek halus. Bagi sejuk dulu

2. Masukkan tepung gandum. Uli bagi jdi doh dan tidak melekat di tangan.

3. Gentel adunan.. letak inti di tengah lalu dibulat atau dilonjongkn bentuknya..

4. Panaskn minyak. Golek-golek doh kedalam serbuk roti.. lalu digoreng atas api yang tidak terlaku besar kerana serbuk roti mudah hangus.

Sedia untuk dihidang. Makan sambil hirup udara petang. Seronok!

Sumber: Facebook Nasriah Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×