Churros merupakan snek pastri goreng. Ia adalah makanan tradisi di negara Sepanyol dan Portugal, yang merupakan negara asalnya. Ekoran, negara Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian jenis makanannya, maka tidak hairanlah jika snek ini boleh diterima umum.
Kali ini, anda tidak perlu terbang ke negara Eropah semata demi Churros kerana boleh saja sediakan hidangan ini sendiri di rumah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Myra Abdul yang menghasilkan Churros menggunakan acuan besar kerana hasilnya ia menjadi lebih gebu dan lembut.
Baca juga: Rupanya Ini Cara Mudah Buka Jaket Ikan Cencaru, Barulah Tak Tercarik Isinya!
LAGI BERTAMBAH ENAK, BILA DICELUP DENGAN COKLAT!
Ada yang dah hebat buat CHURROS ke? Nak tanya lah, churros ni sedap kalau keras ke atau gebu lembut?
Churros saya buat ni acuannya besar. Kalau panas, luar rangup dalam gebu lembut. Dan masih lembut sampai ke esoknya. Kalau guna acuan yang kurus sikit, churros jadi keras pulak.
RESEPI CHURROS GEBU LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur gred A
CARA PENYEDIAAN CHURROS:
1. Didihkan air, masuk butter, gula, garam dan esen vanila. Tutup api.
2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
3. Masukkan telur, kacau juga sampai sebati.
4. Masuk adunan dalam piping bag dan guna nozzle bunga.
5. Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang untuk dapat saiz yang sama.
RESEPI DIP COKLAT
- Coklat Beryl’s
- Susu cair/susu fullcream
Cairkan cara double boiler. Siap !!!!