Dapur

Rupanya Ini Cara Mudah Buka Jaket Ikan Cencaru, Barulah Tak Tercarik Isinya!

210
SHARES

Ikan cencaru paling terkenal dinikmati apabila ia dihidang sebagai ikan bakar dan dicecah bersama air asam atau sambal kicap. Memang menjilat jari!

Namun, kadang-kala ia diolah menjadi hidangan lain dan memerlukan kulit jaketnya dibuka. Nak buka jaket pula satu hal susahnya sampaikan habis tercarik isi ikan, betul tak? Kalau begitu, apa kata anda cuba cara membuka kulit jaket ikan cencaru yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail dibawah.

Baca juga: Resepi Dal Sayur Telur Hancur, Permintaan Suami Rindu Air Tangan Arwah Emak Selepas 14 Hari ‘Pergi’..

ADA KE CARA MUDAH BUKA JAKET IKAN CENCARU?

Gambar: Hasil ikan cencaru selepas  dibuka jaket.

Ikan Cencaru

Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.

Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti. 

Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya. Soalan: Ada tak cara mudah untuk buka jaket cencaru?

CARA BUKA JAKET IKAN TENGGIRI TANPA TERCARIK ISINYA:

Cara saya: Yang ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni lama tapi tak pernah cuba.

1. BUANG SIRIP TEPI IKAN

2. CUNGKIL KULIT TEPI SIRIP

3. KELUARKAN KULIT YANG SEDIKIT ITU

4. PEGANG KULIT DENGAN MENGGUNAKAN TUALA/TISU DAPUR/KERTAS

5. TERAKHIR, RENTAP ATAU TARIK KULIT SAMPAI KE BAHAGIAN EKORNYA

Selain dipanggil cencaru, ia juga digelar ikan jaket kerana mempunyai kulit jaket yang keras di luarnya.

Macam mana, macam mudah kan caranya? Kalau anda gagal, jangan putus asa. Cuba selagi ada ikan itu di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mazlina Haji Ismail via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×