Dapur

Khas Buat Pesakit Diabetes Sambut Aidilfitri & ‘Maintain’ Sihat, Ikuti 9 Tips Saranan KKM Ini!

37
SHARES
pesakit diabetes

Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan beberapa tips kekal sihat khusus buat pesakit diabetes yang kini sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ingat, tidak salah untuk anda menikmati pelbagai juadah Hari Raya. Namun, bersederhanalah dalam setiap pengambilan makanan dan minuman serta mengetahui batas kesihatan anda.

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

PESAKIT DIABETES

pesakit diabetes

Gambar hiasan: Womentalk

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, golongan yang menghidapi penyakit diabetes perlu berhati-hati dalam memilih makanan ketika berhari raya.

Ketidakseimbangan pengambilan diet ketika lebaran seperti pengambilan berlebihan makanan tinggi karbohidrat, manis dan berlemak mengundang kegagalan mengawal paras glukosa dalam darah.

Justeru, pantau dan cakna tahap kesihatan anda bagi mengurangkan risiko komplikasi yang teruk selepas musim perayaan ini.

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Tips kekal sihat di Aidilfitri pesakit Diabetes

Berikut dikongsikan tip kekal sihat di Aidilfitri bagi pesakit Diabetes oleh KKM:

  • Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang manis dan berlemak
  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  • Pilih makanan yang tinggi serat termasuk sayur-sayuran dan ulam-ulaman untuk mengelakkan sembelit
  • Pilih makanan yang rendah kalori seperti makananan yang kurang minyak, lemak dan santan
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti air berkarbonat atau minuman yang manis
  • Pastikan ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor
  • Sentiasa lakukan aktiviti fizikal mengikut kesesuaian dan kemampuan

pesakit diabetes

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

FT Image: malaysianflavours

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×