DIY & Kraf

Rumah Sempit Tak Ada Ruang Sidai Baju? Tak Payah Pening, Guna Cara Ni!

128
SHARES

“Aduh sempitlah. Macam mana nak gantung baju kalau macam ni…”

Susahkan kalau ruang kecil tapi baju banyak. Nak sidai dekat mana pun tak boleh dah. Atas kerusi makan pun penuh dengan baju-baju. Lagi-lagi kalau jenis duduk rumah tinggi bertingkat-tingkat tapi tiada balkoni. Tak akan nak sidai baju bawah rumah.

Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang pengguna Tiktok telah berkongsi bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jom kami kongsikan.

Baca juga: DIY Taman Permainan Mini Untuk Anak, Tak Perlu Ke Taman Permainan Dah!

TEMPAT SIDAI BAJU, JIMAT RUANG DAN SENANG!

Menurut perkongsian wanita dikenali sebagai Hajar Radzi, dia membeli alatan tersebut di Shopee dan sangat memudahkan untuk menyidai baju dalam kuantiti banyak.

Tambah Hajar, penyidai tersebut sangat berbaloi kerana talinya diperbuat daripada besi dan bukannya plastik yang mudah rosak. Selain itu, kepanjangan penyidai sebanyak empat meter itu amat memudahkan kerjanya untuk menyidai pakaian secara banyak. Menariknya, jika tidak mahu menggunkan penyidai tersebut, anda boleh menarik tali dan simpan semula tali besi itu.

WAH MENARIKNYA!

Menjengah ke ruangan komen, sudah pastinya ibu-ibu yang lain turut teruja dengan penyidai itu. Ada juga yang sudah menggunakan penyidai itu sejak dahulu lagi. Wah senang ye selepas ini? Tak payah pening-pening nak sidai di mana. Selesai satu masalah.

*Boleh dapatkan di: https://bit.ly/3z8pgJO

Sumber: Tiktok Hajar Radzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×