DIY & Kraf

Cara Kilatkan Semula Periuk Hitam & Rentung, Guna 3 Bahan Je

33
SHARES
CARA KILATKAN PERIUK

“Alamak! Periuk rentung pula…”

Kalau masak di dapur memang banyak dugaan tanpa diduga boleh berlaku seperti makanan hangit, periuk rentung dan sebagainya. Kalau periuk murah tak apa tapi ini periuk mahal pula yang rentung. Memang remuk hati!

Kalau nak buang sayang pula, jadi bolehlah cuba perkongsian Makudacun di laman Facebook cara kilatkan periuk rentung. Tiga bahan sahaja periuk terus berkilat dan boleh digunakan semula. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara DIY Baja Organik Untuk Semua Jenis Pokok, Tumbuh Lebat & Subur!

CARA KILATKAN PERIUK RENTUNG & HITAM GUNA 3 BAHAN JE

CARA KILATKAN PERIUK

Saya nak share tip yang berguna untuk mak-mak dekat dapur, biasa kita selalu nampak posting kes terlupa semasa memasak, tahu-tahu ada bau semerbak satu rumah.

Hari ini saya nak kongsikan cara bagi periuk bersinar kembali, sebenarnya ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yang pernah saya cuba dan menjadi.

CARA KILATKAN PERIUK

Cara-caranya:

1. Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder.

2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik boleh rendamkan keseluruhan periuk. Biarkan berapa jam dan barulah boleh disental.

– Kadang-kadang akan tercabut sendiri dan bila kita sental manja-manja dah berkilat semula.

CARA KILATKAN PERIUK

Jadi mak-mak semua selamat mencuba ye. Guna periuk stainless steal lebih menyerlah bila dicuci. Menjadi tau…

Sumber: Facebook Makudacun Ibra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×