Barang keperluan mak-mak ini memang ada nilai di mata mereka meskipun kita tengok alatan tersebut sudah pun tidak digunakan lagi. Antara barang yang mak-mak suka simpan ialah tupperware. Penuh dalam almari tetapi dijadikan hiasan di rumah sahaja dan jarang-jarang menggunakannya. Walau bagaimanpun, yang jarang guna itulah jadi paling gerun kalau kita rosak atau hilangkan.
Baca juga: Nelayan Terjumpa ‘Muntah’ Ikan Paus, Bernilai Kira-Kira RM5 Juta
IBU TERKEJUT DAH DUA KALI TUPPERWARE CAIR
Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook bernama Subaina Muhammad yang menceritakan tragedi Ogos berlaku lagi pada bulan Oktober pula. Memang tragedi Oktober betul ya…
Menurutnya, ketika dia pulang dari kerja anak sulung perempuannya itu menyambut dengan senyuman manis namun ternyata ada udang di sebalik batu kerana ada sesuatu kejadian telah berlaku sehingga merosakkan bekas kesayangan ibunya.
Tragedi Oktober..
Akak balik sekolah, anak yang perempuan yang sulung sambut mak dengan senyuman paling manis harini.. sambil tu dia cakap.
“Mami, mami kena redha tau. Terima kenyataan..”
Maknya masih tak faham. Kalau benda tak baik tak kan nak tersenyum manis kan.. terus maknya soal siasat apa salah dia buat. Sekali dia kata, ” Tupperware mami kan..” Belum habis ayat, maknya terus dapat gambaran. “Tupperware cair lagi ke?”
Jelasnya juga, bukan sahaja steamer rosak namun kualinya juga rosak akibat kecuain anak perempuannya itu. Dia juga sempat berseloroh agar bersepakat dengan ayah mereka untuk membeli steamer baharu.
Dia angguk ” lepas kukus pau, kakak sidai kain lepas tu masuk kelas online, terus lupa” Bekas tu baru je apaknya ganti bulan lepas. Sebelum tu apaknya lupa juga, dah macam kapal ufo jadinya. Cepat-cepat dia cari ganti, sejuklah hati.
Ni anaknya pulak..pandai-pandailah dia bincang dengan apaknya. Mak memang tak boleh terima kenyataan dah ni. Steamer rosak dengan kuali pun rosak
“MEMANG TRAGEDI OKTOBER BETUL…”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ia sememangnya tragedi Oktober buat Subaina.
Sumber: Facebook Subaina Muhamad