Rakyat

Nelayan Terjumpa ‘Muntah’ Ikan Paus, Bernilai Kira-Kira RM5 Juta

26
SHARES

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi yang berlaku di Thailand ini apabila seorang nelayan bakal bergelar jutawan apabila menemui ‘muntah’ ikan paus yang bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM5 juta) di tepi pantai.

Nelayan yang dikenali sebagai Narong Phetcharaj pergi ke pantai apabila melihat satu objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, Thailand selatan.

Baca juga: Terbuang Emas Dalam Lori Sampah, Nasib Baik Jumpa Balik!

NELAYAN TERJUMPA ‘MUNTAH’ IKAN PAUS, BERNILAI RM5 JUTA

Menerusi laporan The National News, dia menjumpai ambergris dan dipercayai dimuntahkan oleh ikan paus sperma. Objek itu dijangka dapat dijual dengan harga hingga $ 40,000 (RM167,000) sekilogram.

Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram dan dianggarkan dapat dijual dengan nilai kira-kira AS$1.2 juta. Sekumpulan nelayan di situ kemudian membawa ‘muntah’ tersebut kepada pakar di Universiti Prince of Songkla yang mengesahkannya sebagai ambergris.

Batu itu terhasil apabila ikan paus memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.

BAU YANG MENJADI KEGILAAN DALAM INDUSTRI MINYAK WANGI

Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut. Baunya ketika basah sangat busuk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.

“Tidak ada penduduk kampung yang pernah melihat atau menyentuh ambergris sebenar dan itulah sebabnya semua orang gembira. Saya sangat teruja, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris ini kerana saya sudah menerima sijil untuk membuktikan ia benar.

“Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan dan mengadakan pesta untuk rakan saya,” jelas Petcharaj.

Objek itu disebut harta karun laut dan diibaratkan seperti ’emas terapung.’

Sumber: The National News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×