Rakyat

Terbuang Emas Dalam Lori Sampah, Nasib Baik Jumpa Balik!

26
SHARES
TERBUANG EMAS

Emas dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja design baharu pasti mahu dibeli untuk dikumpul bagi menambah koleksi peribadi. Satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita secara tidak sengaja telah membuang bekas simpanan barang kemasnya dan kejadian tersebut berlaku di Sik, Kedah.

Baca juga: 8 Bulan Tak Balik Kampung, Anak Buat Surprise Pulang Sebagai Polis. Sebak…

TERBUANG EMAS DALAM LORI SAMPAH, NASIB BAIK JUMPA BALIK!

Kejadian yang mengundang kekecohan penduduk setempat itu sempat dirakam oleh pemuda bernama Anuar yang memaparkan suasana ketika itu begitu berterabur dengan sampah.

Tersilap buang. Nasib baik tak pi buang lagi dekat tempat lupus sampah. Sempat pi hambat dekat depo lori. Kalau dah tertulis rezeki kita, ianya tak kemana.

Dapat dilihat melalui video berdurasi dua minit 50 saat itu, orang ramai turut membantu wanita tersebut mencari bekas simpanan emasnya yang telah dibuang tanpa sengaja.

Setelah hampir kesemua sampah dikeluarkan, wanita itu akhirnya berjaya menemukan bekas simpanan emasnya itu. Dia bergegas ke sinki dapur untuk membasuh kotoran yang terdapat di bekas.

Wanita itu juga sempat berseleroh akan belanja makan buat pekerja-pekerja dan penduduk sekitar yang sudah menolongnya mencari barangan kemas.

TERBAIK PEKERJA MAJLIS, REZEKI AKAK

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap bertimbang rasa pekerja tersebut kerana sanggup memunggah semula sampah-sampah tersebut serta rezeki Allah yang sudah tertulis.

terbuang emas

 

Sumber: Facebook Anuar Rani Via Ipoh-Ipoh Ajer 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×