DIY & Kraf

Cara DIY Baja Organik Untuk Semua Jenis Pokok, Tumbuh Lebat & Subur!

42
SHARES

Bila bercucuk tanam pasti pelbagai baja dicuba untuk memastikan tanaman subur dan antara yang sering digunakan ialah baja organik Photo Synthetic Bacteria (PSB). Baja PSB ini mempunyai banyak manfaat dan boleh digunakan untuk semua jenis tanaman.

Baja ini menggunakan telur dan ia menghasilkan bakteria baik untuk kesuburan pokok seperti yang dilakukan oleh petani di Thailand. Cara penghasilan baja organik PSB juga mudah sahaja dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: 7 Tips Semai Ubi Keledek Dalam Pasu, Hasil Semua Gemuk-Gemuk & Manis!

CARA DIY BAJA ORGANIK UNTUK SEMUA JENIS POKOK, TUMBUH LEBAT & SUBUR

Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB (Photo Synthetic Bacteria).

Baja ni sangat baik untuk pokok. Bahan-bahan pun mudah sahaja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.

Cara penyediaan: 

– 3 biji telur (Hancurkan sekali dengan kulit telur)

– 2 sudu ajinomoto.

– 1 sudu belacan.

– 3 sudu sos ikan.

– 5 liter air tanpa klorin. (Boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)

Untuk sukatan tu boleh letak lebih, tak ada masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.

Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi crimson red.

Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria. Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.

Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun. Selamat mencuba dan moga berjaya.

Sumber: Facebook Sepang Farmville

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×