DIY & Kraf

7 Tips Semai Ubi Keledek Dalam Pasu, Hasil Semua Gemuk-Gemuk & Manis!

61
SHARES

“Sedapnya ubi keledek, kena tanam sendiri ni…”

Terdapat dua warna ubi keledek iaitu oren dan juga ungu. Kedua-dua ubi ini sedap dimasak dan dijadikan kuih seperti cek mek, keria dan sebagainya.

Agak mudah untuk mendapatkan ubi keledek di luar tetapi harganya sedikit mahal. Justeru, tak salah untuk anda cuba tanam ubi keledek sendiri di rumah kerana hasilnya memang manis dan padat. Mudah sahaja sebenarnya dan boleh ikuti 7 tips yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.

Baca juga: Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya

7 TIPS SEMAI UBI KELEDEK DALAM PASU, HASIL SEMUA GEMUK-GEMUK & MANIS

Tengah bulan 10 yang lepas, saya ada beli 3 kg ubi keledek daripada kawan. Saya tak pasti ia jenis apa. Yang pasti, isinya warna oren. Sangat sedap bila direbus.

Masalahnya, untuk hasilkan ubi, keledek mesti ditanam daripada keratan pucuk atau batang. Jika tanam daripada ubi, pokok memang cantik tetapi tiada ubinya.

So, saya pun ambil la 2 ketul keledek tu untuk cuba semai guna kaedah keratan ubi. Alhamdulillah, ianya menjadi dengan baik sekali. Selepas 35 hari, saya dapat ambil pucuknya untuk ditanam dalam tong.

– Potong ubi tersebut kepada beberapa bahagian. Saiz yang saya potong lebih kurang 3-5 cm.

– Masukkan tanah campuran ke dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni saya buat sendiri. Nisbahnya adalah 2 bahagian tanah + 1 bahagian cocopeat + 1 bahagian kompos.

– Benamkan keratan ubi tadi kedalam tanah campuran tersebut.

– Tabur tanah campuran diatas keratan ubi yang kita benamkan tadi. Memadai 90-95% keratan ubi tadi tertimbus.

– Siram air secukupnya. Letak pasu tersebut dikawasan yang kena cahaya. Proses siraman dibuat 2-3 kali seminggu bergantung kepada kelembapan media.

– Keratan ubi tersebut akan mula bertunas selepas 10-15 hari ia disemai. Siram macam biasa. Tak perlu membaja pun. Biasanya pucuk boleh mencapai panjang 10-12 inci selepas 30-35 hari lepas semai.

– Potong pucuk tersebut @ 10-12 inch dan tanam ditempat yang sesuai. InsyaAllah lepas 3 bulan dah boleh dapat hasilnya.

Selamat bercucuk tanam. Mesti ubi keledek besar dan manis.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×