DIY & Kraf

[VIDEO] Tips Buang Kerak Kuali Dengan Pantas Sekaligus Rumah Berbau Wangi, Tangan Tak Sakit!

64
SHARES

‘Oh, tidak hangit pulak lauk aku ini. Ingatkan nak biarkan sekejap je rupanya terlalu kering pula’.

Ini lah perkara yang biasa berlaku. Kadang-kadang masak tak hangit akan tetapi masih terdapat kesan kerak pada kuali atau periuk.

Apa nak buat? Takkan nak letak peluntur clorox pula. Tak ke masak kan seterusnya akan terasa clorox juga, bahaya!

Baca juga: [VIDEO] Tutorial Bersihkan Pemotong Papan Yang Dah Lama Jadi Seperti Baru

CUCI KUALI YANG BERKERAK DAPAT WANGIKAN RUMAH

Cuci kuali berkerak tanpa mengunakan berus dawai.

Bahan-bahan:

  1. Air secukupnya
  2. Sabun baju

Letakkan kuali ke atas dapur. Lalu tuang air ke dalam kuali yang berkerak tadi sehingga dapat menutupi kawasan yang berkerak tersebut.

Kemudian, masukkan sabun basuh baju (yang berbentuk serbuk). Sukatan sabun boleh letak ikut suka tetapi satu sudu sudah memadai.

Selepas itu, baru buka api dan biarkan ia rebus sekali. Semasa rebus, ia akan mengeluarkan wap-wap sabun baju tadi sekaligus boleh mewangikan satu rumah.

Lalu, tutup air dan tapiskan ia ke dalam singki seperti biasa. Semasa tapis, kerak-kerak tadi akan terus tertanggal tanpa perlu digosok.

Cuci kuali tersebut seperti biasa tanpa perlu menggosok dengan kuat.

Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Dah siap! kuali akan shine shine. 

Haaa, senang bukan dengan cara ini. Tangan tak sakit, hati pun tak sakit. Semoga manfaat!

VIDEO PENUH

@julespitch

Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈 #tipsdapur #fypdongggggggg #fypシ

♬ CUFF IT – Beyoncé

Sumber: Tiktok julespitch

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×