Dapur

Cara Untuk ‘Selamatkan’ Nasi Hampir Basi Guna Perahan Limau, Selamat Dimakan Semula!

2
SHARES
nasi basi

Sudah pasti anda pernah mengalami situasi apabila nasi basi dengan cepat walaupun selepas hanya beberapa jam sahaja masak. Namun, daripada dibuang begitu sahaja walaupun hanya basi di bahagian atas, ada cara untuk selamatkannya menggunakan limau nipis.

Berikut merupakan cara dikongsikan supaya nasi yang dimasak tidak dibazirkan begitu sahaja. Tapi, kalau sudah terlampau banyak peratusan basi tersebut, jangan gunakan cara ini pula ya!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

BARU MASAK TAPI NASI BASI? INI CARA NAK SELAMATKAN SEBELUM TERLAMBAT!

nasi basi

Cara-caranya:

1.Ambil sebiji buah limau nipis.
2.Perahkan jus buah limau nipis ini secara rata di atas nasi.
3.Gaul rata tambahkan 3 sudu air dan tekan perik nasi kepada ‘cook’.
4.Selepas dipanaskan selama beberapa minit, nasi akan kelihatan seperti baharu!

Berikut merupakan ciri-ciri nasi yang hampir basi:

1. Aroma masam: Nasi mulai mengeluarkan bau masam yang ringan, meskipun belum terlalu kuat seperti nasi yang benar-benar basi.

2.Tekstur lembik atau terlampau kering: Nasi boleh berubah tekstur menjadi lebih lembik di beberapa bahagian atau mulai mengering dan kehilangan kelembapan, terutamanya di bahagian yang terbuka.

3. Rasa sedikit masam: Saat dirasa sedikit, nasi mulai terasa masam meskipun tidak sekuat nasi yang sudah betul-betul basi.

4. Perubahan warna: Ada sedikit perubahan warna pada nasi, seperti menjadi lebih kusam atau agak kekuningan.

5. Terdapat sedikit lendir: Kalau dilihat pada permukaan nasi, sudah mula muncul sedikit lendir di beberapa bahagian, meskipun belum terlampau teruk. Jika nasi sudah menunjukkan tanda-tanda ini, sebaiknya segera diolah atau dipanaskan kembali untuk mencegah basi sepenuhnya.

nasi basi

*Tak membazir nasi yang dimasak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suri Haji Jailani (@ummubalqishaura)

Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!

Sumber:  Instagram @ummubalqisshaura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×