40 Minggu

Wanita Ini Kongsi Idea Lauk Berpantang Frozen, Last Minute Pun Sempat Masak!

75
SHARES

Salah satu perkara yang perlu diambil kira selepas bersalin adalah makanan ketika berpantang. Ini bukanlah sesuatu perkara mudah bagi mereka yang berpantang dengan cara tradisional dan perlu memastikan makanan yang dimasak sesuai untuk ibu selepas bersalin.

Ketika berpantang, ibu-ibu juga tidak digalakkan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak. Jadi, bagi memudahkan tugas suami, wanita ini mengambil keputusan untuk masak sendiri lauk pantang frozen sebelum melahirkan. Sedap-sedap semua lauk yang dimasak. Bakal ibu di luar sana boleh cuba teknik ni ok.

Baca juga: Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan Selepas Dipam? Rupanya Macam Ni…

WANITA INI KONGSI IDEA LAUK BERPANTANG FROZEN

Makanan pantang frozen style. Untuk mudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah & anak anak bila mummy berpantang. Kisahnya terjadi, sebab tiba tiba orang yang kita nak order makanan pantang tu tak jadi ambil order last minute.

Nak tak nak, walaupun tunggu hari, Heret juga perut ke dapur.  Boleh lah lauk utk 34 hari. Syukur. Alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang.

Dari sudut positifnya, Alhamdulillah kita tahu sumber makanan yang kita masak tu sedap kena citarasa lah gitu

– Sup lobak putih dan merah.

– Sup ayam bahagian dada sahaja

– Tenggiri masak singgang kuning. Selambak kunyit bawang putih, halia. Suka nak gigit-gigit nanti.

– Daging blackpepper & daging goreng kunyit hidup. Menu minggu ke 3 atau ke 4 nanti.

– Awal awal makan lembut lembut, lauk ikan dulu. Nanti suami just panaskan atas kuali utk lebih sihat. Saya tak prefer microwave.

– Sayur ni untuk steam. Masukkan sahaja dalam steamer siap! Ini pun difrozenkan sahaja.

– Ayam kunyit hidup ni paling win! lagi banyak kunyit, lagi suka lagi best! Tak pantang pun boleh ni.

– Yang ni sahaja pilih bahagian tight je. Nanti cik abang masuklah dalam airfryer. Settle!

Wah hebatnya ya ibu-ibu ni. Sempat juga masa untuk berpantang lagi. Boleh cuba idea ni. Lauk pun sedap-sedap semuanya.

Sumber: Facebook Khalidah Alhusna Kamilen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×