DIY & Kraf

25 Tahun Pengalaman, Lelaki Ini Kongsi Cara Bekukan Makanan Macam Dalam Kapal Terbang

654
SHARES

Nampaknya sudah ramai dalam kalangan kita yang sudah memulakan perjalanan merentas negeri sama ada untuk balik kampung atau melancong. Namun, bagi anda yang ingin jimat dan membawa keluarga yang besar, pasti akan masak dulu juadah dan singgah makan di kawasan rehat sahaja bukan? Sudah pasti anda ingin juadah yang dimasak lebih tahan lama terutama juga buat anda yang selalu pergi camping, macam mana nak buat? Ini perkongsian cara bekukan makanan macam dalam kapal terbang yang anda boleh cuba. Memang tahan!

Baca juga: 6 Harga Promo Tiket Masuk Ke Tempat Menarik, Kena Booking Cepat!

CARA AIRLINES BEKUKAN MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG, TIPS UNTUK CAMPING JUGA

As salam semua… Banyak kat sini saya baca tentang cara-cara nak bekukan makanan. Saya kongsikan pengalaman saya selama 25 tahun dalam airlines. Cara bagaimana airlines menjaga tahap makanan supaya tahan hingga bebelas jam dalam kapal. Contoh seperti satay. Kul-london-kul kita jaga bekukan satay hingga penumpang makan pun rasa macam baru bakar je keluar panas-panas fresh.

CARA-CARANYA

Kita boleh masak makanan apa saja. Masak siap-siap di rumah. Ayam masak merah ke, kari ke, daging rendang ke apa saja. Biarkan sejuk sedikit suam-suam, masukkan dalam plastik macam kat kedai tu. Ikat ketat-ketat. Masukkan dalam freezer bekukan. Semalaman.

Beli dry ice mcm dalam gambar saya bagi tu. Dry ice ni kena rendam dalam air 5 min. Lap kemudian masukkan dalam freezer tempat beku. Bekukan semalaman. Esoknya nak pergi camping keluarkan lauk-lauk yang dah dibekukan tu juga dry ice sekali. Masukkan lauk-lauk dalam cooler bag. Selang selikan dry ice juga lauk, lauk ni kita plan la hari pertama nak makan lauk apa?

Berapa jenis lauk, jadi mana lauk nak makan dulu letak atas sekali, yang kemudian-kemudian kat bawah. Permukaan atas sekali letak balik dry ice. Selang seli. Sebab kita nak ratakan kesejukkannya. Insyaallah makanan akan sentiasa beku. Lagi banyak dry ice lagi bagus.

Saya buat macam ni dulu masa terbang ke Buenos Aires Argentina. Tahan selama 16 hari. Cumanya bila singgah di Afrika Selatan Cape Town, saya keluarkan makanan bekukan dalam peti sejuk di hotel. Nak terbang semula ke Argentina saya masukkan balik dry ice yang baru buat macam yang sama susun.

Kadang lauk tak habis pun sampai balik ke KL makanan elok tak basi dan beku. Insyaallah kalau setakat 3 hari camping takde masalah. Sama je macam ayam perap daging perap nak barbecue tu, masukkan dalam plastik yang boleh seal tu susun dengan dry ice. Insyaallah ok.

Cuma yang goreng-goreng tu elok lah masak kat khemah. Ikan atau ayam goreng. Nak mcam kfc beli jer ayam goreng bertepung tu kat lotus. Sedap! Masukkan sekali dalam cooler bag tu. Anak-anak pun suka makan. Sayur sayuran saya tak galakkan sebab nanti kena dry ice dia layu. Kuat tau dry ice ni. Berasap-asap sejuk dia. Kalau pegang lelama boleh melecur jari. Pakai gloove. 30 sec pegang pun rasa kebas jari.

Macam tu jugalah kami buat bekukan satay dalam kapal letak dalam cooler beg. Kuah pun sama. Ketuk pakai hammer tak pecah kuah tu keras. Simpan dalam foil. Penumpang nak makan panaskan jer. So inilah perkongsian pengalaman saya. Saya pun baru lagi dalam bidang camping ni. Pelbagai cara orang buat nak jaga kualiti makanan supaya tak basi atau berbau. Ikut keselesaan masing-masing. Malah dry ice ni jangan buang. Sebab dia recycle boleh guna balik. Airlines pun tak buang. Kami simpan balik. So jimat kos. Bila dry ice tu tak beku dia kempis balik. So rendam balik dalam air buat mcm kita guna mula-mula. Dia gelembung balik. Tahap beku dia minus dry ice ni. Bukan 0 darjah. Lagi sejuk.

Kalau nak masak lauk-lauk semula boleh didihkan air, tutup api, rendam lauk yang diikat dalam plastik tu dalam air panas tu beberapa minit. Kalau daging barbecue pun sama rendam sekejap yang dalam plastik kita letak tu. Make sure plastik tak masuk air ikat getah betul. Pakai plastik orang niaga lauk tu. Ni tak bocor. Dia akan hilang beku pelahan. Saya dulu kami buka air paip sink di hotel sebab ada yg panas tu kan. So kita rendam dalam sink hotel. Dah cair terus masuk dalam cooker kita panaskan. So yg dalam-dalam tu insyaallah hilang beku dia. Daging barbecue pun buat mcm ni rendam dulu. Bukan terus keluarkan dan masak. Memang nanti luar masak dlm tak.

Sekiranya kekurangan saya mohon maaf. Sekadar berkongsi saja. Dry ice murah la sangat. Hehe.. Kat shopee jer saya beli dengan cooler bag. Maaf saya bukan penjual. Tambahan info:- Since ramai sangat komen saya tambah sikit ya. Ais dengan dry ais ni beza. Dry ice tahap beku dia ikan tu ketuk dengan hammer pun dok macam tu jer. Dia punya beku memang kaw kaw. So walaupun dry ice tu habis cair jangan risau dia tahan lama. Kalau ais dia sejuk jer ikan atau seafood tu. Letak kat luar sekejap jer boleh masak. Sebab dalam tak beku. Tapi dry ice ni dia beku sampai dalam. So kalau letak kat luar, sampai esok pagi pun sejuk lagi. Sebab tu saya kata tahan lama. So biar je dalam cooler bag tu atau tong ais putih gabus tu. Ok. 3 hari 2 malam takde masalah pun. Insyaallah.

Ice cooler (tahan 3-4jam sahaja) yg ni: https://shp.ee/t4wszpj

Member Hj Md Sirat : https://www.facebook.com/113564306677093/posts/199160434784146/ (sahabat kita ni ada jual dryice) Yang ni original dry ice tahan lama rekemen yg ni.

Cooler bag: https://shp.ee/8tbq4mj

Link saya letak siap-siap. Sebab nanti ada dok tanya-tanya kan. Dry ice tu boleh gunting-gunting ikut la nak besar mana. Jangan gunting tempat salah nanti bocor. Semoga memberi manfaat. Ilmu tak seberapa ni.

Sumber: Asri Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×