Asuh

Elak Pilih Beg Sekolah Beroda Jika Sekolah Bertingkat, Bahaya!

30
SHARES

Menerusi hantaran Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, satu garis panduan diberikan kepada golongan murid serta ibu bapa untuk memilih beg sekolah yang bersesuaian.

Sebelum ini isu beg sekolah berat menjadi bualan hangat dalam kalangan orang ramai kerana risau boleh menjejaskan kesihatan si anak.

Baca juga: Tahi Telinga Bukan Jenis Tahi… Jangan Korek Kerana Boleh Hilang Pendengaran!

ELAK PILIH BEG SEKOLAH BERODA JIKA SEKOLAH BERTINGKAT, BAHAYA

Bagi mengatasi masalah beg sekolah berat, PHM berkongsi beberapa ciri beg sekolah yang sesuai digunakan untuk murid sekolah supaya tidak menjejaskan kesihatan. Jelasnya, elakkan memilih beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah.

Elakkan beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah. Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata, beg beroda kurang sesuai.

Jangan membeli kotak pensel, bekas air, alat tulis dan aksesori yang besar dan berat. Jangan terpengaruh dengan jenama dan rekabentuk.

Selain itu, murid dinasihatkan untuk tidak menggalas beg dengan satu penyandang. Beban tidak seimbang kepada satu bahagian badan boleh akibatkan tulang belakang membengkok.

Elak melaraskan penyandang beg terlalu longgar sehingga beg melondeh ke pinggul dan menyebabkan beg tersebut berhayun apabila berjalan kerana ia menambahkan bebanan secara semula jadi.

Pemilihan beg yang salah dan cara menyandang yang salah boleh mengakibatkan sakit tengkuk, sakit belakang serta masalah-masalah tulang belakang yang lain seperti skoliosis dan kyphosis.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×