Rakyat

“Saya Tulis Surat Kemudian Buang”- Ibu Kongsi Cara Luah Emosi Sewaktu Jaga Anak Kecil Selama 24 Jam

554
SHARES

Menjaga anak-anak kecil bukanlah tugas yang mudah, perlu kekuatan emosi dan fizikal. Nak pula berterusan di samping mereka, banyak perkara tak sempat nak buat. Kepenatan itu sudah pasti hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi pengalaman dirinya sebagai ibu pada 16 tahun dulu, yang menjaga anak-anak kecilnya selama 24 jam dengan dipenuhi fasa kelam-kabut. Uniknya, dia meluahkan pelbagai rasa emosi dalam dirinya ketika itu melalui nukilan di atas surat-surat yang kemudiannya dibuang.

Baca juga: Tak Dijemput Ke Birthday Party Kerana Masak Makanan Tak Halal, Jiran Bangsa Cina Siap Tempah KFC Sebagai Ganti

SURAT YANG DIBUANG IBARAT BAWA PERGI BERSAMA EMOSI…

MasyaaAllah. Nampak tenang. Yes…

Ibu-ibu, saya dah lepas fasa kelam-kabut 24 jam dengan anak-anak kecil.

Bila dah tua, benda-benda kecil macam ni sangat saya hargai. Saya akan record supaya saya sentiasa bersyukur sebab bukan senang nak dapat. Dulu ini semua mimpi.

Kepada ibu-ibu yang lalui sama macam saya muda-muda dulu 24 jam dengan anak-anak. Tak sempat nak jumpa kawan, tak sempat nak mandi, tak sempat nak lap almari mop lantai, tak sempat nak lawa-lawa wangi-wangi.

It’s ok… you are not alone. Your sacrifices are never a waste. Dulu saya rasa alahai, dulu baju kasut lawa, muka tak pernah tak ada blusher. Is it worth it? What I choose and do now with the kids.

SAYA KEKAL WARAS SELAMA 16 TAHUN KERANA MELUAHKAN MELALUI…

Gambar hiasan: LifestyleOkeZone.

After 16 years. Yes, it is. MasyaaAllah Tabarakallah.

Macam mana saya kekal waras melalui semua itu dulu? Segalanya dari Allah. Satu yang saya ingat adalah…

Saya luahkan. Saya tulis surat pada diri saya sendiri. Kemudian saya buang, saya buang sama-sama rasa letih, sedih, happy, marah saya. Saya ni manusia biasa bukan robot, perasaan ini normal.

Kenapa tak cakap dengan suami? I can and I did tapi bukan budaya kita orang Melayu jenis boleh nak sharing dengan good communication skills macam orang putih.

Especially bila muda-muda ni, kekok rasa malu macam mengada-ngada dan rasa membebankan suami. Sebabkan saya rasa macam ni lah saya pilih untuk didik anak-anak saya supaya boleh berkomunikasi dengan baik dari kecil.

BUANG JAUH BUDAYA MELAYU ‘MALU TAK BERTEMPAT’ PADA DIRI ANAK-ANAK

Supaya mereka tidak rasa apa yang saya rasa. Budaya Melayu yang saya buang jauh-jauh dari anak-anak saya ialah malu tak bertempat.

So saya share sikit-sikit sahaja dengan suami, but it was never the same. Sebab dia tiada dengan saya dari 8 pagi sampai 5 petang.

There is no way I can talk about all of it. Tak sama and honestly terlalu sibuk dan letih untuk mengadu nasib. So tulis surat is my way.

Ini cerita saya muda-muda dulu. Now we communicate very nicely, me and him dah tua pengalaman mematangkan diri. Dan kami semua sekeluarga berkomunikasi dengan baik.

Kami belajar untuk hormat dengan pandangan masing-masing tak kira muda atau tua. MasyaaAllah sangat besar kesannya antara kami dan anak-anak MasyaaAllah.

TERJUMPA SEMULA SURAT YANG TAK TERBUANG DENGAN PELBAGAI NUKILAN EMOSI

Gambar hiasan: HerWay.net.

Lepas 15 tahun, masa kemas-kemas rumah pindah baru ni saya jumpa surat-surat yang tak terbuang. Saya pun dah lupa semua.

Oh, ada surat yang ada kesan air mata especially masa anak sakit berjemaah. Ada yang saya happy especially bila anak-anak buat kejutan surat cinta atau anak-anak pandai buat sesuatu yang saya ajar.

Ada yang saya marah especially bila ada orang cakap saya pemalas, bangun lambat, tak hantar anak sekolah, anak tak pandai bergaul. Ada yang saya keseorangan especially bila nak keluar tapi takda kawan-kawan nak teman.

DALAM SURAT SENTIASA TULIS, “ALLAH ADA & TIDAK AKAN BIARKAN SAYA BERSENDIRIAN”

Tapi setiap surat-surat tu mesti ada, “Allah ada and Allah will never leave me alone”.

Yes. Allah ada, saya tak pernah keseorangan. Maha suci Allah.

Baiknya Allah, dia buat saya lupa yang saya pernah letih, pernah sedih, pernah marah, pernah kecewa masa jalankan tanggungjawab didik anak kecil-kecil dulu.

Padahal diri ini sangat lah insignificant, satu nyawa manusia yang kerdil yang tidak lekang dari dosa. Allahhu.

Still He is there, here, along the way tanpa kelemahan. Allah Maha Esa. nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kau dustakan.

SENTIASA BERSYUKUR & INGAT ALLAH ITU ADA UNTUK MEMBANTU HAMBANYA

Gambar hiasan: Keluarga.

Sekarang bila fikir balik, kalaulah Allah biarkan aku sendirian dulu sungguh aku sudah tidak bernyawa sekian lama. Sungguhlah kasih sayang dan pertolongan Allah sangat hampir dengan kita.

Semoga kita menjadi orang-orang yang bersyukur. Sesungguhnya dunia ini hanyalah persinggahan bagi manusia.

Lama tak bercerita di Facebook ni. Penutup posting ini, ibu-ibu jaga kesihatan mental ibu-ibu. Jangan burn out, reach out, if you do, you are not alone walaupun kadang-kadang rasa alone sangat. You are not, we are not, Allah ada dan pertolongan Allah itu sangat-sangat hampir.

Hugs. Ramai sayang ibu-ibu.

#mamamoment

Sumber: Facebook Fauzan N Siti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×