Rakyat

Tak Dijemput Ke Birthday Party Kerana Masak Makanan Tak Halal, Jiran Bangsa Cina Siap Tempah KFC Sebagai Ganti

59
SHARES

Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dapat ditonjolkan dalam pelbagai cara terutamanya dalam kehidupan berjiran yang lazimnya, bercampur dengan pelbagai kaum dan agama. Dapat mendiami sebaris dengan jiran yang bertoleransi, bertimbang rasa dan saling menghormati perbezaan merupakan satu nikmat rezeki yang diperolehi.

Sebagaimana perkongsian sebuah video di laman Tiktok, di mana seorang wanita berkongsi kisah apabila dia sekeluarga tidak dijemput ke majlis hari jadi anak jiran yang berbangsa Cina namun pada malam itu, keluarganya telah dibelanja makanan segera. Apa cerita?

Baca juga: Ajaib…Kisah Tauladan Anak Jiran Kerap Pulang Ziarah Ibu Bapa, Tak Payah Tunggu Cuti Panjang

MAKANAN DI MAJLIS TERSEBUT KEBANYAKAN TAK HALAL

Melalui video yang dikongsikan oleh Eikin Hanipah, dia menyatakan jirannya yang berbangsa Cina telah mengadakan majlis hari jadi anak mereka.

Keluarganya pula tidak dijemput ke majlis hari jadi tersebut oleh kerana, makanan yang disediakan di majlis itu kebanyakkannya adalah tidak halal.

Namun, apa yang mengharukan keluarganya adalah tindakan yang diambil jiran tersebut. Di mana, dia sekeluarga telah dijamu dengan makanan segera KFC yang ditempah jirannya.

Malah, jiran tersebut telah berpesan terlebih dulu kepada wanita itu supaya tidak perlu masak hidangan makan malam buat keluarganya.

“It tooks an effort to do this though and I do appreciate this. Thank you Ah Kit & Family. Nanti I belanja you fried mihun my mom buat yang wife you suka,” tulis Eikin di ruangan kapsyennya.

Tindakan itu diambil, mungkin kerana jirannya berasa serba salah kerana tidak dapat menjemput Eikin sekeluarga ke majlis tersebut.

Kisah ini telah mendapat perhatian warganet yang turut sama terharu dan tersentuh dengan tindakan jiran wanita tersebut.

“Nice lah ada jiran baik hati, dia memang pandai menjaga sillaturahim masyarakat,” kata seorang netizen.

“Dapat jiran yang baik pun salah satu rezeki jugak. Alhamdulillah,” kata netizen lain.

“Saya tengok depan rumah akak ni ada khemah diorang. So akak ni pun bertimbang rasa. Kenapa dia dapat jiran yang baik sebab datang dari dia jugak ada hati yang baik,” ujar lagi netizen lain.

“Jiran depan saya India. Lorong saya dia sorang je India, dulu Cina. Kalau dia buat kenduri, dia ambil katering Melayu. Dia jemput kami semua,” cerita seorang netizen.

@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь – Amirchik

Sumber: Tiktok Eikin Hanipah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×