Dapur

Kalau Tak Nak Daging Korban Liat, Guna 4 Kaedah ‘Rahsia’ Ini Untuk Lembutkan Dengan Cepat!

10
SHARES
tips lembutkan daging cepat

Bila buka sahaja peti sejuk selepas menyambut Hari Raya Korban ini, penuh dengan daging lembu korban yang dapat dari masjid! Namun, bukan semua bahagian daging yang anda dapat ini isinya lembut dan anda perlu masak dengan lebih lama supaya tak liat dimakan. Tapi, apakah tips lembutkan daging cepat dan tak payah tunggu berjam-jam?

Berdasarkan perkongsian Dr. Kamarul Ariffin di laman Twitternya, beliau berkongsikan 4 kaedah melembutkan daging korban iaitu terbahagi kepada kaedah kimia, mekanikal dan termal. Macam mana caranya ya?

Baca juga: Usia Baru 20 Tahun Tapi Nampak Macam Tua! Rupanya Sebab Anda Selalu Makan 5 Benda Ini

TIPS LEMBUTKAN DAGING CEPAT HANYA DENGAN 4 KAEDAH

#1. 4 Kaedah Kimia

tips lembutkan daging cepat

1. Air soda: bikarbonat melemahkan ikatan protein.

2. Baking soda: mengandungi bikarbonat juga.

3. Betik: enzim papain uraikan ikatan protein.

4. Nanas: enzim bromelain uraikan ikatan protein.

 #2. 4 Kaedah Mekanikal 

tips lembutkan daging cepat

1. Buang fascia (selaput putih) pada daging. Ia liat.

2. Potong rentas urat daging. Serat akan mudah lerai.

3. Ketuk daging untuk memecahkan serat daging.

4. Potong daging nipis/kecil supaya mudah kunyah.

#3. 4 Kaedah Termal

tips lembutkan daging cepat

1. Masak tekanan: suhu tinggi, masa singkat.

2. Reneh(braise): suhu rendah, masa lama

3. Salai(smoke): suhu rendah, masa lama

4. Sous vide: suhu rendah, masa lama, pek vakum

*Semoga bermanfaat! Selamat menjamu selera dan gigi palsu tak tercabut dah bila makan daging!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×