Famili

Usia Baru 20 Tahun Tapi Nampak Macam Tua! Rupanya Sebab Anda Selalu Makan 5 Benda Ini

34
SHARES
muka nampak tua

“Ish, kenapa bila tengok cermin ni muka nampak tua dari usia aku yang sebenar eh? Salah makan ke?”

Mempunyai raut wajah yang muda, halus mulus serta berseri-seri merupakan idaman setiap wanita. Mana tidaknya, asyik tengok wajah pelakon-pelakon antarabangsa yang cantik dan tidak dimamah usia walaupun ada dalam kalangan mereka yang sudah menjangkau usia 60 tahun, masih muda!

Jadi, untuk mendapatkan wajah yang sentiasa tampak muda ternyata ada beberapa makanan yang anda kena elakkan. Bila dah amalkan pantang-larang yang sepatutnya, barulah wajah anda akan kelihatan seiring dengan usia yang baru sahaja cecah 25 tahun tersebut.

Baca juga: Dilabel Seksi, Wanita Dari 10 Negara Ini Dalam Kategori Punyai Payudara Besar!

MUKA NAMPAK TUA DARI USIA? RUPANYA SEBAB SELALU MAKAN 5 BENDA INI!

muka nampak tua

1.Gula

Seringkali kita dengar bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh memberikan kesan buruk kepada kolagen kulit. Sudah pasti, kolagen merupakan elemen yang paling penting untuk menjadikan kulit cantik dan awet muda.

Jadi, pengambilan gula atau air manis terlampau banyak juga boleh menyebabkan kerosakan gigi dan menjadikan gigi kekuningan. Bila gigi dah tak cantik, nampak tua terus wajah anda!

2.Daging merah

Ramai yang tak tahu bahawa daging merah mempunyai banyak radikal bebas yang boleh merosakkan kulit serta sel-sel badan. Bukan itu sahaja, pengambilan daging merah terlampau banyak juga boleh memberikan kesan buruk kepada kulit. Menurut Ariel Ostad, ahli sains di American Academy of Dermatology, radikal-radikal bebas ini mengurangkan kebolehan badan untuk menghasilkan kolagen yang penting agar wajah tampak berseri.

Alternatif untuk daging merah adalah daging tanpa lemak seperti ayam belanda dan ayam dan cuba ambil lebih sayur-sayuran kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas ini.

3.Garam

Patutlah muka kelihatan sembap! Rupa-rupanya terlampau banyak pengambilan garam dalam makanan menyebabkan kulit kelihatan sembap terutama sekali di bahagian mata. Apabila kandungan air yang disedut oleh garam terlampau banyak, ini yang menjadikan wajah anda kelihatan tua.

Menurut satu kajian oleh Georgia Regents University, pengambilan garam yang banyak boleh meningkatkan tisu penuaan dengan pantas yang menyebabkan anda tampak berusia. Garam juga menyahhidratkan badan dan ini menyebabkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya.

4.Makanan pedas

Alamak! Makanan pedas boleh menjadikan wajah anda kelihatan tua? Ramai yang sudah pastinya tidak setuju tentang hal ini tetapi inilah realitinya. Pengambilan makanan pedas akan menyebabkan rosacea (kulit kemerah-merahan) serta kulit sembap.

Wanita berumur terutamanya yang sudah putus haid mempunyai saluran darah aktif jadi mereka perlu elakkan makanan pedas kerana ia mengembangkan lagi saluran darah tersebut. Ini menyebabkan kulit tampak lebih tua berbanding usia sebenar dan munculnya spider vein pada wajah. Takut!

5.Kafein

Berita sedih juga buat peminat-peminat kopi semua kerana pengambilan kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan wajah tampak berusia. Hal ini kerana, kandungan kafein yang tinggi boleh menarik kandungan air keluar dari badan dan menyebabkan berlakunya masalah kulit.

Antaranya adalah, kedutan, garis-garis halus, kulit kusam serta bintik-bintik penuaan. Bukan itu sahaja, kopi juga boleh menyebabkan kerosakan gigi kerana membiarkan gigi terdedah kepada kandungan asid.

muka nampak tua

*Patutlah bila kita tengok wajah ibu kita yang tidak dimakan usia dan tertanya bagaimana dan apakah tips mereka? Rupa-rupanya kalau anda perasan, mereka sangat peka dengan ‘pantang-larang’ dalam pemakanan seharian!

Sumber: Eat This Not ThatLifegate.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×