40 Minggu

‘Rahim’ Boleh Dibuang Sebab Darah Terlalu Banyak, Ketahui 7 Punca Tumpah Darah Selepas Bersalin Ceaserian

517
SHARES

“Puan, bukaan puan dah 6cm, bayi pula songsang. Risiko sangat tinggi jika puan bersalin normal. Untuk keselamatan puan dan bayi dalam kandungan, kami akan lakukan emergency caesar ya.”

Setiap wanita yang hamil pastinya ingin bersalin secara normal. Tapi, tidak semua keinginan anda akan tercapai bila tibanya saat kemuncak untuk melahirkan. Ini kerana, mungkin akan timbul risiko-risiko lain yang tidak dijangkakan.

Bila berlakunya risiko tertentu, kelahiran melalui caesarean adalah pilihan yang paling selamat. Nak tak nak kena terima sahaja, asalkan nyawa bayi selamat! Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis.

Tumpah darah akan berlaku selepas pembedahan

Foto: www.self.com

Namun, walaupun kaedah caesarean ini selamat, ia juga boleh menimbulkan komplikasi tertentu selepas pembedahan  seperti tumpah darah. Menurut Dr. Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, wanita hamil akan menghasilkan darah lebih banyak daripada biasa iatu 50%.

Bagi kelahiran caesarean, pendarahan lebih banyak berlaku disebabkan pemisahan uri dan dinding rahim atau episiotomi. Sebab itulah, anda perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi risiko ini jika bersalin secara pembedahan. Pendek kata mental dan fizikal kena kental!

8 Keadaan Yang Boleh Meningkatkan Risiko Terjadinya Tumpah Darah

Sangat penting untuk anda tahu tentang keadaan-keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya tumpah darah selepas kelahiran secara caesarean ini. Tidaklah nanti anda terkejut bila tengok darah banyak sangat keluar!

Foto: Siakap Keli

1. Uri bawah (placenta previa)

Keadaan uri dalam perut biasanya akan disahkan oleh doktor apabila kandungan telah mencecah 7 bulan ke atas. Selain itu, keadaan uri bawah ini boleh berlaku disebabkan oleh ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan, prosedur D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamila sebelum ini atau mempunyai radang pada rahim (endometrisis).

2. Uri lekang (placenta abruptio)

Uri lekang dari dinding rahim lebih awal berlaku daripada waktu sepatutnya iaitu hanya 2 atau 3 minit sebelum kelahiran. Biasanya uri lekang terjadi kepada ibu yang mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang dan air ketuban kurang atau pecah awal.

3. Uri Melekat (placenta accreta/increta/percreta)

Keadaan uri melekat pada otot rahim atau adakalanya melekat pada punci kencing, ia telah menyukarkan untuk mengeluarkan uri tersebut secara normal selepas bersalin.

4. Ibu yang mempunyai HB rendah

Ibu hamil yang mengalami HB rendah sangat berisiko tumpah darah kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.

5. Otot rahim kurang elastik

Biasanya, para ibu yang sudah melahirkan anak seramai 5 orang akan menyebabkan otot rahim kurang elastik dan kuat untuk mengecut (rahim) kembali.

6. Pengembangan rahim

Keadaan rahim yang lebih mengembang lebih daripada biasa sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg ke atas)

7. Hemofilia atau trombofilia

Ibu yang menghidapi hemofilia atau trombofilia akan menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.

8. Rahim merekah (uterine rupture)

Rahim merekah biasanya berlaku kepada ibu yang telah melahirkan anak lebih daripada 4 orang, pernah melalui caesarean, jarak caesarean  kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin.

Apakah Rawatan Untuk Tumpah Darah Ini?

Biasanya, setiap kelahiran, rahim akan mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan rahim ini akan menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Tapi, bagi ibu yang mengalami tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut. Jadi, doktor akan memberikan rawatan untuk mempercepatkan pengecutan rahim dan menghentikan pendarahan seperti:

  • Mengurut bahagian atas rahim.
  • Memberikan suntikan.
  • Jika pendarahan lebih teruk, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat.
  • Ibu perlu mengusukan bayi secepat mungkin.
  • Jika usaha diatas tidak berjaya untuk menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim terpaksa dilakukan.

Jadi sentiasalah bersedia untuk mengalami situasi tumpah darah ini selepas melahirkan bayi anda. Anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan anda sepanjang kehamilan dan dapatkan pemantauan daripada pakar perbidanan dan sakit puan sekiranya anda berisiko.

Sumber: Majalah PaMa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×